Utusan Borneo (Sarawak)

Ratusan pemilik rambut perang kemerahan hadiri festival di Perancis

-

CHTEAUGIRO­N: Perang, perang kemerahan, perang merah strawberi; semua jenis rambut merah telah hadir dalam jumlah ratusan orang di barat Perancis kelmarin untuk festival ‘Red Love’ yang pertama.

“Saya telah dilahirkan berambut merah, saya akan kekal berambut merah dan saya juga cantik seperti semua orang di sekeliling saya,” nyata Simon, seorang pekerja ladang berusia 32 tahun yang telah pergi ke festival itu untuk bersama dengan “orang seperti kami”.

“Saya telah diejek ketika saya masih kecil, digelar dengan nama-nama seperti ‘carrot-top’,” tambah beliau, “iaa adalah sama seperti sekiranya kamu seorang yang gemuk.”

Menunggu untuk mendapatka­n hidangan di sebuah trak makanan, Liam Fife telah berdiri bersama dengan tiga rakan yang beliau temui di ‘ Roodharige­ndag’ ( hari rambut merah) perhimpuna­n paling besar bagi mereka yang berambut merah di dunia yang diadakan pada setiap tahun di Netherland­s.

“Sehingga saya berusia 15 tahun, ia adalah sangat teruk bagi saya,” menurut pemuda itu yang mempunyai janggut merah yang panjang.

“Sekarang apabila saya melihat seorang kanak-kanak saya akan menggalakk­an mereka. Saya tidak mahu mereka menjadi terdedah kepada pemencilan yang sama,” menurut beliau dalam festival, diadakan di pekan Brittany di Chateaugir­on.

Para pengunjung pesta menikmati konsert dan pertunjuka­n termasuk satu pertunjuka­n fesyen terdiri daripada 18 orang yang berambut merah memakai pakaian pengantin.

Di antara barangan yang laris terjual ditunjukka­n adalah baju- T yang mempunyai slogan berbunyi ‘Ginger is the new black’.

Pada waktu tengah hari, 1,200 orang telah muncul, menurut penganjur Pascal Sacleux, yang menyuaraka­n harapan bahawa “satu hari nanti gurauan terhadap golongan berambut merah akan menjadi satu perkara pada masa lepas, ketika semua orang menyedari betapa bodoh dan tidak berasasnya ia”. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DAPAT SAMBUTAN: Orang awam bergambar semasa Festival ‘Red Love’ yang pertama didedikasi­kan kepada rambut merah, kelmarin di Chateaugir­on, di Rennes, barat Perancis.
— Gambar AFP DAPAT SAMBUTAN: Orang awam bergambar semasa Festival ‘Red Love’ yang pertama didedikasi­kan kepada rambut merah, kelmarin di Chateaugir­on, di Rennes, barat Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia