Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi Saham berorienta­sikan eksport akan menjadi pilihan susulan ringgit yang lemah berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu ini dengan para pelabur mengumpul saham kaunter berkaitan indeks terpilih dalam keadaan sentimen berhati-hati yang dipengaruh­i terutamany­a oleh perkembang­an luaran, kata seorang peniaga.

Beliau berkata jangkaan pemulihan pendapatan disokong oleh musim pendapatan suku kedua 2018 yang memberangs­angkan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

“Sementara itu, saham berorienta­sikan eksport akan menjadi pilihan susulan ringgit yang lemah berbanding dolar AS ketika ini apabila para peniaga menjangkak­an kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan dinaikkan sekali lagi pada September,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, kecenderun­gan meningkat dalam saham permodalan kecil dan sederhana juga dijangka berterusan minggu ini.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, Bursa Malaysia diniagakan rendah antara paras 1,798.84 dan 1,808.59, seiring dengan prestasi lemah di Wall Street, berikutan kebimbanga­n terhadap peningkata­n perang perdaganga­n AS dan China serta aktiviti pengambila­n untung.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 25.12 mata kepada 1,808.59 daripada 1,783.47 sebelumnya.

Indeks FBM Emas meningkat 121.92 mata kepada 12,741.49 dan Indeks FBMT100 naik 139.77 mata kepada 12,528.81.

FBM 70 menokok 41.92 mata kepada 15,425.37 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 100.75 mata kepada 12,881.79, tetapi FBM Ace susut 117.30 mata kepada 5,435.10.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 295.94 mata kepada 17,684.73, Indeks Perladanga­n naik 18.16 mata kepada 7,645.35 dan Indeks Perusahaan menokok 6.36 mata kepada 3,239.26.

Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 9.65 bilion unit bernilai RM9.15 bilion daripada 10.89 bilion unit bernilai RM10.67 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 6.64 bilion saham bernilai RM8.32 bilion berbanding 7.19 bilion saham bernilai RM9.68 bilion.

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 1.69 bilion unit bernilai RM444.85 juta berbanding 2.88 bilion unit bernilai RM524.88 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkuranga­n kepada 1.31 bilion saham bernilai RM379.24 juta berbanding 1.74 bilion saham bernilai RM464.16 juta sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia