Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran hadapan emas dijangka diniaga rendah

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka dalam trend menurun minggu ini berikutan permintaan yang lebih lemah.

Peniaga berkata, permintaan untuk emas dilihat semakin berkurang walaupun dari India, yang merupakan satu daripada pengguna emas terbesar.

“Pasaran melihat harga emas terlalu tinggi sekarang dan peniaga sedang menunggu harganya jatuh sebelum bertindak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, peserta pasaran akan memantau hasil perjumpaan pegawai bank pusat global pada persidanga­n Jackson Hole, Wyoming di mana Pengerusi Rizab Persekutua­n AS, Jerome Powell dijadual memberi ucapan.

Menurutnya, peniaga akan mencari petunjuk mengenai arah kadar faedah kerana ka- dar faedah yang lebih tinggi akan menekan harga emas ke bawah.

Pada asas Jumaat keJumaat, Ogos 2018 meningkat 24 mata kepada RM157.30 segram, September 2018 menambah 27 mata kepada RM157.55 segram, Oktober 2018 menokok 32 mata kepada RM157.90 segram dan November 2018 menambah 25 mata kepada RM158.25 segram.

Jumlah dagangan mingguan bagi minggu yang dipendekka­n oleh cuti jatuh kepada enam lot bernilai RM94,430 daripada 27 lot bernilai RM425,340 yang dicatat pada minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka merosot kepada 43 kontrak daripada 50 kontrak.

Bursa Malaysia dan derivatifn­ya ditutup pada Rabu sempena cuti Aidiladha. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia