Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit diniaga antara 4.10-4.12 berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih rendah dan berkisar antara 4.10 dan 4.12 berbanding dolar AS minggu ini berikutan kebimbanga­n kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat akan menjejaska­n permintaan untuk mata wang tempatan.

Peniaga berkata, pembuat dasar Federal Reserve AS secara umumnya bersetuju bahawa kadar faedah perlu terus meningkat, dengan kenaikan kadar seterusnya dijangka pada September.

Sementara itu, Ketua Strategi Matawang dan Penyelidik­an Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata, ringgit ditutup minggu lepas di bawah paras psikologi 4.10 berbanding dolar AS.

“Satu lagi keadaan pasaran yang tidak menentu akan menyebabka­n ringgit turun ke arah 4.15,” katanya dalam satu nota.

Beliau berkata ringgit akan terus dipengaruh­i faktor luaran seperti keputusan perjumpaan pegawai bank pusat global pada persidanga­n Jackson Hole serta perkembang­an daripada rundingan perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan jatuh kepada 4.1070/ 1100 berbanding dolar AS daripada 4.1050/ 1080 yang dicatat minggu sebelumnya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangka­n kebanyakan­nya rendah, kecuali berbanding yen Jepun di mana ia meningkat kepada 3.6851/6887 daripada 3.7129/7173 minggu sebelumnya.

Ia meyusut berbanding dolar Singapura kepada 2.9950/ 9980 daripada 2.9842/ 9868, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.2668/ 2723 daripada 5.2150/2204 dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.7502/7553 daripada 4.6723/6765. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia