Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah diniagakan bercampur-campur minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka mengekalka­n dagangan bercampur-campur minggu ini, menjejaki pergerakan ringgit berbanding dolar AS dan harga minyak mentah dunia, kata peniaga.

Beliau berkata, harga getah juga akan bergerak seiring dengan harga komoditi lain serta pasaran niaga hadapan serantau, iaitu Bursa Komoditi Tokyo dan Bursa Niaga Hadapan Shanghai.

“Harga minyak mentah meningkat pada Jumaat apabila perhatian pasaran beralih kepada ketegangan perdaganga­n yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat ( AS) dan China apabila China mengenakan tarif 25 peratus ke atas produk minyak AS dan membuka kemungkina­n memasukkan minyak men- tah dan gas asli cecair (LNG) untuk tarif pusingan seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Dilaporkan dolar AS meneruskan kenaikan barubaru ini, mendapat manfaat daripada kebimbanga­n pertikaian perdaganga­n antarabang­sa sambil menunggu komen Pengerusi Rizab Persekutua­n, Jerome Powell pada Jumaat.

Walaupun harga getah dalam trend menurun minggu lepas, pasaran memberi reaksi positif terhadap data Julai yang dikeluarka­n Persatuan Negara Pengeluara­n Getah Asli ( ANRPC) yang memperliha­tkan kejatuhan pengeluara­n getah asli kepada 786,000 tan metrik dalam tempoh tujuh bulan pertama 2018.

Dilaporkan penggunaan meningkat 5.2 peratus tahun ke tahun kepada 8.158 juta tan metrik manakala pengeluara­n dunia hanya naik 3.7 peratus kepada 7.372 juta tan metrik.

Untuk minggu yang baharu berakhir, harga getah keseluruha­nnya bercampur- campur kepada lebih rendah di tengah- tengah prestasi yang lebih lemah di pasaran niaga hadapan serantau.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 menambah 14.5 sen kepada 556.0 sen sekilogram dan lateks pukal menokok 0.5 sen kepada 406.0 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang untuk SMR 20 menambah 2.5 sen kepada 552.0 sen sekilogram manakala lateks pukal turun dua sen kepada 401.0 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia