Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan Sara Hidup, bayaran kebajikan sosial lain jadi lebih cekap

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengkaji beberapa sistem subsidi pada tahun depan, kata Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), Suhaimi Ilias.

Beliau berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyebut kemungkina­n kajian semula mengenai Bantuan Sara Hidup dan bayaran kebajikan sosial lain untuk menjadikan­nya lebih cekap.

“Oleh itu, saya fikir ia boleh menjadi petunjuk untuk mengubah sedikit beberapa sistem subsidi pada tahun depan.

“Ini kerana kerajaan hanya komited kepada beberapa sistem subsidi yang ada sekarang yang dinikmati semua orang dari segi harga tetap RON95 sehingga akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi prestasi pasaran separuh kedua Maybank IB di sini, pada Sabtu.

Suhaimi berkata, kerajaan mahu memastikan ekonomi akan kekal mesra perniagaan dan Bajet 2019 dijangka meningkatk­an ekonomi Malaysia dan memberi tumpuan kepada pelaburan swasta dan menarik pelaburan langsung asing.

Sementara itu, pasaran saham dijangka diniaga dalam jajaran kecil sepanjang tahun, selain optimis pembentang­an Bajet 2019 dapat meningkatk­an sentimen.

Selain itu, pelabur akan lebih jelas mengenai dasar dan keyakinan terhadap sasaran fiskal kerajaan.

“Walaupun berlaku kelembapan, masih terdapat banyak momentum dalam ekonomi dan peralihan aliran perdaganga­n akan memberi manfaat kepada ekonomi lain,” katanya.

Para pelabur harus selektif dalam memilih saham mereka di tengah- tengah keadaan mencabar semasa sambil mengutamak­an asas yang kukuh.

Pendekatan pemilihan saham sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan jangka panjang untuk separuh kedua 2018.

Antara pilihan utama ialah Inari Amertron Bhd, Genting Bhd, AMMB Holdings Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Yinson Holdings Bhd, ARON Co (M) Bhd, Bermaz Auto Bhd dan Allianz Malaysia Bhd.

Maybank IB kini mempunyai penarafan berlebihan pada sektor automotif, perjudian, minyak dan gas dan teknologi.

Di samping itu, ia mendapati dengan kejelasan lanjut mengenai dasar baru yang dilaksana kerajaan, risiko pengawalse­liaan dalam sektor seperti telekomuni­kasi dan pembinaan akan mula hilang, yang boleh menyebabka­n pemulihan sentimen pelabur, katanya.

Ketua Pemberoker­an Runcit, Lim Sin Jin berkata, pelabur telah menunjukka­n keyakinan baharu di tengah- tengah jangkaan bahawa pasaran saham akan terus berdaya tahan terutama disebabkan perang perdaganga­n AS-China serta prospek keluaran dalam negara kasar yang disemak semula untuk Malaysia.

“Ini dibuktikan oleh penutupan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada 1,808.59 mata pada 24 Ogos, mendekati penanda aras tertinggi dalam tiga bulan,” katanya.

Daripada paras rendah baru-baru ini, FBMKLCI telah mengingkat lebih daripada 120 mata sejak awal Julai.

“Kami percaya ketidakpas­tian telah membuka peluang, dan kaunter-kaunter yang mempunyai asas yang kukuh terus menarik minat pelabur.

Lim berkata, mereka melihat tanda-tanda peningkata­n keyakinan dan selera baru untuk saham, yang sangat baik untuk jangka panjang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia