Utusan Borneo (Sarawak)

Farmasi tradisiona­l Cina terakhir kekal bertahan di Petaling Street

-

KUALA LUMPUR: Semasa zaman kemuncak perlombong­an timah pada era 1880- an, Petaling Street memainkan peranan penting dalam fasa awal pembanguna­n Kuala Lumpur dan juga kepada peneroka Cina yang datang ke Malaysia dari tanah besar China untuk mencari kekayaan dan meningkatk­an taraf hidup.

Yap Ah Loy, yang merupakan Kapitan Cina pada masa itu, membina kilang ubi kayu di Petaling Street sebagai sumber pendapatan tambahan bagi pendatang Cina susulan penutupan lombong timah ekoran berlakunya beberapa bencana alam.

Kilang tersebut barangkali telahpun ditutup namun sebuah kedai ubatan tradisiona­l Cina dikenali sebagai Kien Fatt Medical Store, yang memulakan perniagaan­nya sejak 1942 dan mengharung­i era kemerdekaa­n masih kekal bertahan dan terus berdiri teguh sampai ke hari ini sebagai farmasi tradisiona­l China terakhir di Petaling Street.

Kedai tersebut yang berjaya mendepani cabaran dan persaingan sengit dunia perniagaan kini telah berkembang menjadi Kien Fatt ( Midland) Pharmacy Sdn Bhd yang menerapkan ciri- ciri perubatan moden namun dalam masa yang sama masih mengekalka­n amalan tradisiona­lnya dengan menawarkan ubatan herba, terapi akupuntur dan kepakaran “sinseh”, semuanya di bawah satu bumbung.

Sebelum membuka kedai tersebut, pengasasny­a mendiang Ng Eu Sang, yang datang ke Tanah Melayu semasa gelombang kedua ketibaan pendatang dari tanah besar China, adalah pengamal perubatan tradisiona­l Cina yang menjual ubatan herba di tepi jalan.

Selepas berjaya mengumpulk­an wang yang mencukupi, Eu Sang membuka kedainya sendiri secara kecilkecil­an yang juga berfungsi sebagai pusat sehenti bagi masyarakat Cina yang kali pertama datang ke sini dari tanah besar China.

“Orang Cina, apabila mereka datang ke sini pada masa dahulu, mereka akan singgah di kedai itu, membeli apa yang perlu sebelum pergi ke mana-mana sahaja yang mereka sepatutnya pergi,” kata Ng Chee Yat, 61, generasi ketiga yang menguruska­n kedai itu, kepada Bernama.

Pada permulaan abad ke19 sehingga era 1930- an kebanyakan pendatang dari China yang datang ke Tanah Melayu adalah dari wilayah Fujian dan Guangdong, yang tertarik dengan prospek bekerja di lombong timah dan ladang getah serta kemungkina­n membuka tanah ladang baharu.

Aliran migrasi ini, bagaimanap­un, berakhir pada era 1940-an dan bermula pada 1947, kebanyakan orang Cina di Semenanjun­g Tanah Melayu adalah yang dilahirkan dalam negara.

Farmasi tradisiona­l Cina itu melalui pengalaman getir semasa pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua di mana ekonomi terjejas teruk apabila Britain memusnahka­n ladang getah serta lombong timah sebelum meninggalk­an Tanah Melayu.

Selepas pengundura­n Jepun, Britain menjadi pentadbir sementara Tanah Melayu dari Ogos 1945 sehingga tertubuhny­a Malayan Union pada April 1946.

Semasa tahun-tahun awal kedatangan orang Cina, kebanyakan daripada mereka membuat penempatan di sekitar kawasan komersial Market Square, dan seterusnya menubuhkan Petaling Street sebagai kawasan yang dikuasai mereka.

Mengimbau semasa zaman kanak-kanaknya, Chee Yat, yang lahir pada tahun Merdeka di Kuala Lumpur berkata, singgahan pertama beliau selepas balik dari sekolah adalah di kedai farmasi itu bersama sepupunya, William Ng, 74, untuk membantu perniagaan bapanya.

“Selepas balik dari sekolah, bapa saya (Ng Kien Poon) akan meminta kami membantuny­a di kedai dan sedikit demi sedikit, kami belajar bagaimana untuk menguruska­n kedai sehingga saya mengambila­lihnya selepas bapa saya meninggal dunia pada tahun 2000. Sepupu saya (William) sentiasa membantu saya setiap hari menguruska­n kedai,” kata ahli farmasi sepenuh masa itu.

Beliau berkata menurut bapanya, waktu kemuncak bagi perniagaan kedai tersebut adalah pada era 1950-an dan 1960-an di mana semasa zaman itu, mereka menguasai pasaran perubatan tradi- sional terutamany­a di pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

“Pada masa dahulu, jalan raya berbonggol- bonggol dan tidak rata, tiada jambatan dan di sesetengah kawasan tidak ada jalan utama. Sukar untuk pergi ke bahagian pantai timur. Tetapi disebabkan tidak ada orang yang sanggup pergi ke sana, ia menjadi suatu yang berbaloi bagi kami dan perniagaan sangat baik,” katanya.

Bagaimanap­un, dengan peredaran zaman dan pengangkut­an serta logistik semakin bertambah baik, lebih ramai peruncit yang muncul dan telah meningkatk­an persaingan dalam pasaran.

“Kami menutup operasi kami di pantai timur dan menumpukan kepada perniagaan teras kami di sini di mana selain menjalanka­n perniagaan runcit, kami juga menjalanka­n perniagaan borong dan mengusahak­an klinik tradisiona­l Cina.

“Tahun demi tahun, operasi perniagaan dan keutamaan pelanggan juga turut berkembang,” kata Chee Yat.

Walaupun ia bermula sebagai kedai ubat- ubatan tradisiona­l yang menjual herba dalam bentuk pukal dan runcit yang diimport dari China dan Taiwan, kini ia juga menjual ubatan moden.

“Kami bukan sahaja menjual ubat-ubatan tradisiona­l secara pukal, kami juga menjualnya dalam bentuk dipek semula seperti kapsul dan serbuk agar lebih menarik dan mudah untuk generasi muda. Selain itu, kami juga menjual ubat moden barat kerana ada yang lebih menggemari­nya, terutama pelancong,” katanya.

Chee Yat mempunyai kepakaran dalam kedua-dua bidang kerana beliau adalah ahli kimia farmaseuti­kal dan ahli Persatuan Farmasi Great Britain serta ahli farmasi bertauliah bagi perubatan tradisiona­l Cina daripada Kolej Perubatan Cina Malaysia (kini dikenali sebagai Institut Perubatan Cina Tradisiona­l, Malaysia).

Sentiasa sibuk seperti zaman kegemilang­annya dalam melayani pendatang dari China, semasa temu bual diadakan, Chee Yat juga dilihat melayan pelanggan, kali ini termasuk pelancong asing, meminta ubat seperti untuk sakit mata, sakit perut dan demam.

Antara bahan yang biasanya dicari oleh orang ramai termasuk ‘ma huang’ yang merupakan ubat untuk asma, ‘ren shen’ yang merupakan sejenis penggalak tenaga seperti ginseng dan ‘huang qi’ yang digunakan untuk menurunkan tekanan darah.

Kedai itu sentiasa sibuk dengan pekerja yang memindah masuk dan keluar kotak barang-barang dan bekalan dari bangunan tiga tingkat itu, pembantu kedai mencampur atau membungkus ramuan sementara pelanggan menuju terus kepada apa yang mereka cari, sama ada mengenal pasti dan memilih herba pahit atau melawat klinik untuk rawatan atau perundinga­n.

Bagaimanap­un, keadaan ini barang kali tidak akan dapat dilihat lagi suatu waktu nanti.

Walaupun telah bertapak kukuh di kawasan itu dan berakar umbi sebagai sebahagian daripada sejarah Petaling Street serta mempunyai perniagaan yang stabil, tidak ada jaminan yang kedai tersebut akan bertahan selama satu dekad lagi.

Anak-anak Chee Yat yang semuanya terbabit dalam bidang kejurutera­an tidak berminat untuk meneruskan perniagaan kedai itu.

“Saya tidak pasti sama ada anak-anak saya atau manamana ahli keluarga saya mahu mengambil alih perniagaan ini kerana saya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk bersara,” katanya.

Petaling Street hari ini sudah tidak sama seperti sebelum ini, katanya.

Persekitar­an telah berubah dan penduduk Cina telah mula berpindah dari kawasan tersebut.

“Anda boleh lihat, kebanyakan gerai di sini kini dikendalik­an oleh warga asing, terutamany­a Bangladesh dan Myanmar.

“Bilangan kedai Cina telah berkuranga­n sejak beberapa tahun yang lalu. Sejarah tidak akan berubah tetapi masa depan akan ditulis secara berbeza,” ujarnya dengan nada sedih pada akhir temu bual tersebut.

Selepas 61 tahun merdeka, perniagaan Malaysia yang berjaya menempuh ujian masa, sama ada besar atau kecil, telah menjadi sebahagian daripada sejarah dan telah membentuk kawasan persekitar­annya.

Perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pernah berkata “Walaupun apa pun yang berlaku pada masa lalu, negara hanya boleh berjaya jika ia belajar mengenai sejarahnya”. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Gambar didalam farmasi Kien Fatt, pusat perubatan tradisiona­l Cina yang terakhir di Petaling Street.
— Gambar Bernama Gambar didalam farmasi Kien Fatt, pusat perubatan tradisiona­l Cina yang terakhir di Petaling Street.
 ??  ?? MASIH BERTAHAN:
MASIH BERTAHAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia