Utusan Borneo (Sarawak)

Loji akan beri manfaat kepada lebih 15,000 penduduk di 17 kampung

-

TAWAU: Sebuah lagi loji rawatan air akan dibina di Pulau Sebatik bagi menangani masalah bekalan air di pulau itu, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman.

Beliau berkata perkara itu telah dirujuk kepada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan perancanga­n pembinaann­ya sudah diluluskan.

“Kita tunggu peruntukan selepas pembentang­an bajet 2019 ini dan pembinaan LRA berkenaan akan memberi manfaat kepada lebih 15,000 penduduk di 17 kampung dalam Pulau Sebatik,” katan- ya ketika ditemui pemberita pada fiesta buah-buahan tempatan peringkat perbandara­n Tawau di sini, semalam.

Pulau Sebatik memiliki sebuah loji rawatan air di Wallace Bay namun tidak mampu menampung bekalan keperluan penduduk di pulau tersebut.

Dalam pada itu, Ma’mun berkata beliau turut maklum mengenai masalah bekalan elektrik serta jaringan jalan raya di Pulau Sebatik selain akan memantau perkara itu sebelum menyaranka­n tindakan mengatasi sewajarnya kepada kerajaan.

“Saya ada dengar cakap- cakap masalah itu (elektrik, jalan raya), saya mahu tengok sendiri dan memantau sebelum menyaranka­n kepada kerajaan apa bantuan yang boleh diberikan kepada rakyat,” katanya yang akan turun padang di di seluruh kawasan Parlimen Kalabakan, sepanjang tempoh dua bulan sidang parlimen berehat.

Menurutnya, kerja turun padang itu sebahagian inisiatifn­ya untuk menyelami masalah di akar umbi sebelum memberikan bantuan.

“Saya mahu tahu (daripada rakyat) apa lagi yang boleh dibuat, dipertingk­at di Par- limen Kalabakan, mungkin kerajaan baharu ini dapat melaksanak­an keperluan rakyat sedikit demi sedikit dan kalau bernasib baik dalam tempoh lima tahun semua yang dirancang tercapai,” katanya.

Sementara itu, Ma’mun mahu kontraktor yang diamanahka­n membuat kerjakerja pembaikan jalan di kawasan Parlimen Kalabakan dapat menjalanka­n tugas dengan penuh tanggungja­wab dan baik.

“Mana kontraktor yang tidak mahu bekerja, perlu diberhenti­kan,” tegasnya. — Bernama

 ??  ?? TERIMA KASIH: Ewon menyampaik­an penghargaa­n kepada salah seorang bekas pengerusi JKKK.
TERIMA KASIH: Ewon menyampaik­an penghargaa­n kepada salah seorang bekas pengerusi JKKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia