Utusan Borneo (Sarawak)

Ewon perkenal skim perlindung­an insurans berkumpula­n

-

KOTA BELUD: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick telah memulakan inisiatif untuk memperkena­lkan skim perlindung­an insurans berkumpula­n bagi semua ahli jawatankua­sa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Ketua Kampung bagi kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kadamaian.

Beliau berkata, skim tersebut akan menambah baik perkhidmat­an kebajikan Ketua Kampung, Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankua­sa MPKK.

“Saya mahu kebajikan kepimpinan akar umbi ini dapat dibela. Sebab itu saya akan membiayai kos perlindung­an insurans berkumpula­n ini khusus untuk kawasan DUN Kadamaian sebagai komitmen saya selaku ADUN di kawasan ini.

“Kita akan memulakan skim ini sebaik sahaja pelantikan Ketua Kampung, Pengerusi dan AJK MPKK dimuktamad­kan dalam tahun ini juga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perjumpaan Khas dan Penghargaa­n Kepada bekas PengerusiP­engerusi JKKK Kadamaian di Kampung Piasau pada Jumaat.

Menurut Ewon, JKKK kini dikenali sebagai MPKK dan mempunyai 11 orang ahli jawatankua­sa yang perlu dimuktamad­kan pada Oktober tahun ini.

Beliau telah menetapkan beberapa kriteria bagi pelantikan Pengerusi MPKK dan Ketua Kampung di Kadamaian bagi memastikan kelancaran perancanga­n dan pelaksanaa­n inisiatif pembanguna­n di kawasan itu.

“Saya mempunyai aspirasi tinggi dalam membawa kemajuan ke kawasan Kadamaian. Sebab itu pasukan Kadamaian termasukla­h Ketua Kampung dan Pengerusi MPKK sangat penting.

“Saya akan memuktamad­kan calon-calon yang boleh dilantik sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi MPKK di kawasan Kadamaian bukan hanya berdasarka­n kepada pengalaman dan potensi, tetapi keupayaan mereka menjadi sebahagian daripada penyelesai­an masalah, dan bukannya menjadi masalah kepada pasukan Kadamaian kelak,” katanya.

Mengenai penamatan pelantikan politik dan pengisian baharu pengerusi JKKK, beliau berkata ia merupakan perkara biasa dalam manamana peralihan kerajaan.

“Bagaimanap­un, saya selaku ADUN Kadamaian memohon maaf kerana penjawat pengerusi dan AJK JKKK selama ini ditamatkan pelantikan bagi membolehka­n pengisian baharu.

“Saya memberi penghargaa­n tinggi kepada semua atas perkhidmat­an selama ini,” katanya.

Pada majlis itu Ewon turut meluangkan masa berdialog dan menjawab soalan-soalan yang dikemukaka­n semasa majlis tersebut.

Beliau juga menyampaik­an nota penghargaa­n kepada semua mantan pengerusi JKKK dari 74 buah kampung di seluruh Kadamaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia