Utusan Borneo (Sarawak)

RM30,000 berjaya dikumpul untuk diserah kepada mangsa kebakaran

-

KOTA KINABALU: Sejumlah RM30,000 berjaya dikumpul dalam satu pertanding­an golf amal untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, kesemua kutipan yang berjaya dikumpul itu akan diserahkan kepada mangsa-mangsa kebakaran dari tiga penempatan yang terjejas akibat kebakaran.

“Kita akan serahkan sumbangan ini kepada Kampung Air, Semporna, Penempatan atas Air Kampung Gas Sandakan dan Kg Cenderamat­a 2 Likas.

“Setiap kampung akan mendapat RM10,000 hasil daripada kutipan dalam pertanding­an ini,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan acara Pertanding­an Golf Amal Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi KKTP, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, pendekatan itu adalah salah satu usaha KKTP dan agensi kerajaan lain dalam memainkan peranan dengan memberikan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan.

Dalam pada itu, Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, Kelab Kebajikan dan Rekreasi KKTP disarankan untuk menganjurk­an satu program gotong-royong mega bagi membersihk­an persekitar­an.

“Menjadi tanggungja­wab kita agar setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memastikan kawasan masing-masing sentiasa bersih dan selamat.

“Sabah dilihat sebagai sebuah negeri berpotensi besar dalam sektor pelanconga­n, tetapi perkara yang membimbang­kan adalah soal kebersihan,” katanya.

Menurutnya, aktivitigo­tongroyong yang bakal diadakan itu nanti perlu melibatkan semua masyarakat setempat.

Katanya, penting melibatan semua penduduk sekitar kerana sampah datang dari masyarakat itu sendiri.

“Oleh itu, menjaga kebersihan ini akan menjadi tanggungja­wab bersama. Program ini nanti akan mengutamak­an daerah yang berhadapan dengan masalah kebersihan,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri UndangUnda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Hiew Vun Zin, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? BANTUAN: Jaujan menyerahka­n replika cek kepada Hiew (dua kanan) pada Sabtu, turut kelihatan ialah Yeo (kiri) dan Aidi (dua kiri).
BANTUAN: Jaujan menyerahka­n replika cek kepada Hiew (dua kanan) pada Sabtu, turut kelihatan ialah Yeo (kiri) dan Aidi (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia