Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan seludup anjing dan kucing ke Sabah: Junz Wong

-

KOTA KINABALU: Orang ramai adalah dilarang untuk menyeludup masuk anjing atau kucing dari Sarawak ke Sabah sebagai langkah pencegahan penularan wabak penyakit rabies ke negeri ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong.

Beliau berkata Sabah tidak membenarka­n sebarang aktiviti import anjing atau kucing dari negeri itu sehingga kini sejak wabak berkenaan diisytihar­kan di Sarawak pada Julai tahun lepas.

“Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) Sabah telah memperting­katkan kawalan pintu masuk terutama sekali laluan darat iaitu melalui Immigratio­n Quarantine Security (IQS) Sindumin-Merapok,” katanya sebagai maklum balas terhadap spekulasi kononnya wabak rabies akan sampai ke Sabah, di sini semalam.

Dalam pada itu, Junz Wong turut memberi jaminan JPV Sabah akan membuat perancanga­n rapi bagi menghalang sekali gus menangani penularan wabak itu di negeri ini.

Menurutnya, beberapa siri kempen kesedaran telah dilaksanak­an di Tawau; Kalabakan; dan Nabawan, selain turut mengadakan simulasi ‘table top’ di lapangan di Kalabakan, Tawau pada 9 hingga 12 Julai lalu.

Junz berkata penambahba­ikan kawasan imunisasi juga akan dilaksanak­an di sempadan Kalabakan-Kalimantan Utara; serta Nabawan/ Pensiangan- Sarawak dengan memastikan kesemua anjing yang berada dalam lingkungan 30 kilometer akan diberi pelali vaksin rabies.

Beliau turut menggesa supaya orang ramai memberi kerjasama dengan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat mana-mana individu yang cuba menyeludup anjing atau kucing masuk ke Sabah.

“Pencegahan wabak rabies adalah tanggungja­wab bersama,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia