Utusan Borneo (Sarawak)

Kembangkan daya keusahawan­an bagi tingkatkan ekonomi: Dr Yusof

-

SINDUMIN: Masyarakat di negeri Sabah khususnya di daerah ini disaran menyumbang kepakaran masing-masing dalam bidang tertentu.

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata masyarakat terutama individu yang memiliki daya inovatif tersendiri perlu mencari kaedah baharu bagi mengembang­kan lagi daya keusahawan­an bagi meningkatk­an ekonomi masingmasi­ng.

“Jika dilihat masih banyak peluang untuk maju terutama dalam bidang keusahawan­an. Justeru masyarakat harus mengambil peluang yang ada bagi memastikan tiada siapa pun yang tertinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Kesyukuran dan ibadah korban di Kampung Batu 7 Pantai Sipitang, baru-baru ini.

Dalam perkembang­an sama, Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sindumin berkata, bagi memastikan semua pihak dapat menyumbang kepakaran masing-masing, setiap masyarakat perlu menanam semangat tinggi untuk maju ke hadapan.

Beliau berkata semangat yang sama harus dikekalkan bukan sahaja di peringkat awal tetapi juga pada setiap masa dan yang paling penting adalah usaha menimba ilmu bagi mengembang­kan lagi daya keusahawan­an serta perniagaan masingmasi­ng.

Justeru Yusof menggesa orang ramai terutama ibu bapa agar sentiasa mengutamak­an pendidikan anak-anak mereka bagi memastikan setiap individu mampu menyumbang kepada pembanganu­n negeri dan negara.

“Ibu bapa perlu menggalakk­an anak-anak untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi. Dorongan seumpama ini pasti akan memberi impak kepada anak-anak.

“Janganlah leka, kita harus bangkit bersama-sama agar kita tidak ketinggala­n dalam arus pembanguna­n global yang penuh dengan persaingan dan cabaran,” katanya.

 ??  ?? MESRA: Pengerusi penganjur, Abdullah Pungut (dua kiri) beramah mesra bersama Yusof dan pengunjung majlis kenduri kesyukuran dan ibadah korban di Kampung Batu 7 Pantai Sipitang.
MESRA: Pengerusi penganjur, Abdullah Pungut (dua kiri) beramah mesra bersama Yusof dan pengunjung majlis kenduri kesyukuran dan ibadah korban di Kampung Batu 7 Pantai Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia