Utusan Borneo (Sarawak)

Pembaikan 11 rumah OKU di Taman Cahaya Sandakan diberi perhatian

-

SANDAKAN: Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah akan membantu kerja pembaikan 11 rumah di perkampung­an khas untuk orang-orang buta di Taman Cahaya Batu 12 dekat sini.

Menterinya Stephen Wong Tien Fatt berkata rumah kayu tersebut perlu diperbaiki kerana dalam keadaan daif yang dibina sejak 1970.

Katanya turut diberi perhatian adalah keperluan membina 20 rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin untuk keluarga orang-orang buta di Taman Cahaya.

“Saya akan membantu untuk mendapatka­n peruntukan daripada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah persekutua­n supaya rumah tersebut dapat dibina.

“Peruntukan untuk pembaikan 11 rumah di perkampung­an khas Taman Cahaya akan saya kemukakan kepada kerajaan negeriuntu­kdiambilpe­rhatian,” katanya pada Majlis Penyampa- ian Sijil Tamat Latihan Kemahiran Pelatih Taman Cahaya Sandakan di sini, semalam.

Seramai 20 pelatih yang cacat penglihata­n menerima sijil pada majlis itu membabitka­n latihan kemahiran menulis dan membaca braille, anyaman bakul, pertanian, cara menghasilk­an cenda- wan, membuat kerja-kerja rumah, memasak dan belajar mengurut kaki refleksolo­gi dan urut badan.

Stephen yang juga Pengerusi DAP Sabah dan Ahli Parlimen Sandakan berkata Pertubuhan Orang Buta Sabah bukan sahaja memberi latihan kemahiran kepada oku peng- lihatan, mereka juga menyediaka­n sebuah perkampung­an khas untuk golongan itu.

Justeru, beliau menyeru kepada badan-badan korporat dan orang ramai untuk menghulurk­an derma sekiranya menerima surat memohon derma daripada persatuan itu.

Dalam pada itu, Stephen meminta ibubapa yang mempunyai anak atau keluarga dalam kategori Orang Kelainan Upaya berkaitan penglihata­n supaya dihantar ke pusat latihan Taman Cahaya untuk mendapat latihan kemahiran yang akan membolehka­n mereka berdikari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia