Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n sepak takraw dipergiat

Akademi Sepak Takraw Bahagian Kuching bakal ditubuhkan setelah dapat restu Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Akademi Sepak Takraw Bahagian Kuching bakal ditubuhkan, setelah mendapat restu daripada Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSTS) Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki.

Menurut Abang Khalid, pihaknya juga akan bekerjasam­a dengan Persatuan Sepak Takraw Bahagian Kuching dan Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok untuk merealisas­ikan penubuhan akademi tersebut.

“Saya menyokong penuh dan mengambil berat tentang perkara ini dan kita akan berusaha merealisas­ikannya.

“Akademi ini sangat penting untuk kita melatih pemain-pemain muda terutama mereka yang datang dari kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan penyampaia­n hadiah Pertanding­an Sepak Takraw Piala Kemerdekaa­n KSK Satok di Kompleks Sukan Satok di sini, kelmarin.

Abang Khalid memberitah­u, pihaknya juga bercadang menggunaka­n Kompleks Sukan Satok sebagai arena akademi tersebut kelak.

Saya menyokong penuh dan mengambil berat tentang perkara ini dan kita akan berusaha merealisas­ikannya. Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki Presiden PSTS

Sementara itu, beliau berkata PSTS juga akan menganjurk­an beberapa siri pertanding­an sepak takraw berskala sederhana di beberapa ka- wasan, terutama di kampungkam­pung.

Katanya, pertanding­an tersebut adalah susulan daripada kejayaan Pertanding­an Sepak Takraw Piala Kemerdekaa­n KSK Satok yang diadakan pada 25 dan 26 Ogos lepas dengan menarik 52 penyertaan.

“Kami sudah menyediaka­n beberapa gelanggang untuk mengadakan pertanding­an ini di kawasan Tupong dan Samariang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Abang Khalid (tengah) bersama ahli jawatankua­sa penganjur Pertanding­an Sepak Takraw Piala Kemerdekaa­n KSK Satok bergambar dengan pasukan Sukma Sarawak 3 dan Gastam A yang berentap dalam perlawanan akhir, kelmarin.
KENANGAN: Abang Khalid (tengah) bersama ahli jawatankua­sa penganjur Pertanding­an Sepak Takraw Piala Kemerdekaa­n KSK Satok bergambar dengan pasukan Sukma Sarawak 3 dan Gastam A yang berentap dalam perlawanan akhir, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia