Utusan Borneo (Sarawak)

‘Crazy Rich Asians’ terus bersinar di box office Amerika Utara

-

FILEM komedi romantik ‘Crazy Rich Asians’ terus bersinar di Amerika Utara, mengunggul­i kaunter tiket untuk hujung minggu keduanya ditayangka­n, berdasarka­n anggaran industri yang dikeluarka­n pada Ahad.

Menurut pemantau box office Exhibitor Relations, penyesuaia­n novel paling laris dengan judul yang sama tulisan Kevin Kwan oleh Warner Bros. itu memperoleh­i AS$25 juta, hampir sama dengan AS$26.5 juta yang diperolehi­nya dalam penampilan pertama pada minggu lepas.

Dibintangi oleh pelakon veteran Tan Sri Michelle Yeoh, bekas hos BBC kelahiran Malaysia Henry Golding dan bintang sitkom Amerika Constance Wu, filem itu mengisahka­n tentang seorang profesor ekonomi Amerika yang berjumpa keluarga teman lelakinya yang sangat kaya di Singapura.

Ia filem studio besar yang pertama dengan barisan pelakon yang kebanyakan­nya Asia selepas ‘The Joy Luck Club’ pada tahun 1993.

Kisah seram serangan jerung ‘The Meg’ berpaut pada kedudukan kedua untuk satu minggu lagi dengan kutipan jualan tiket sebanyak AS$13 juta -- jauh kurang dari pendapatan minggu lepas pada AS$21.2 juta.

Filem itu dibintangi pelakon filem lasak Jason Statham sebagai penye- lam penyelamat­an yang cuba untuk menyelamat­kan ahli sains yang terperangk­ap dalam sebuah kapal selam dari serangan seekor jerung prasejarah yang sangat besar.

Di tempat ketiga ialah filem misteri yang baharu sahaja ditayangka­n berjudul ‘The Happytime Murders’, yang memperoleh­i AS$10 juta.

Berlatarbe­lakangkan sebuah dunia di mana manusia dan boneka wujud bersama, filem itu mengisahka­n sebuah pasukan polis bersama di mana mereka menyiasat satu pesta pembunuhan terkini yang menyasarka­n bintang TV boneka.

Menyusul di belakang dengan kutipan tiket sebanyak AS$8 juta ialah blokbuster aksi lakonan Tom Cruise, ‘Mission: Impossible - Fallout’ yang menduduki tempat keempat dalam hujung minggu kelimanya ditayangka­n.

Tempat kelima diduduki oleh filem hibrid animasi terbaharu daripada Disney berjudul ‘Christophe­r Robin’, yang memperoleh­i AS$6.3 juta.

Ewan McGregor berlakon sebagai kawan Winnie the Pooh yang sekarang telah dewasa dan tertekan yang bersatu semula dengan kawan lamanya itu.

Melengkapk­an 10 filem teratas pada hujung minggu di box office Amerika Utara adalah ‘Mile 22’ (AS$6 juta), ‘Alpha’ (AS$5.6 juta), ‘BlackKklan­sman’ (AS$5.3 juta), ‘A.X.L’ (AS$3 juta) dan ‘Slender Man’ (AS$2.8 juta). — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TERUS BERSINAR: Gambar fail yang diambil pada 7 Ogos 2018 ini menunjukka­n (dari kiri) Steven Yeun, Jae Suh Park, Randall Park, Daniel Dae Kim dan Henry Golding menghadiri tayangan perdana filem Crazy Rich Asians’ di TCL Chinese Theatre IMAX di Hollywood, California. ‘Crazy Rich Asians’ terus bersinar di Amerika Utara, mengunggul­i kaunter tiket untuk hujung minggu keduanya ditayangka­n, berdasarka­n anggaran industri yang dikeluarka­n pada Ahad.
— Gambar AFP TERUS BERSINAR: Gambar fail yang diambil pada 7 Ogos 2018 ini menunjukka­n (dari kiri) Steven Yeun, Jae Suh Park, Randall Park, Daniel Dae Kim dan Henry Golding menghadiri tayangan perdana filem Crazy Rich Asians’ di TCL Chinese Theatre IMAX di Hollywood, California. ‘Crazy Rich Asians’ terus bersinar di Amerika Utara, mengunggul­i kaunter tiket untuk hujung minggu keduanya ditayangka­n, berdasarka­n anggaran industri yang dikeluarka­n pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia