Utusan Borneo (Sarawak)

Peserta permainan video tembak mati dua

Turut mencederak­an 11 lain sebelum membunuh diri di pertanding­an di Jacksonvil­le

-

MIAMI: Dua orang terbunuh dan 11 lagi tercedera kelmarin apabila seorang peserta pertanding­an permainan video melakukan serangan tembakan sebelum mengacukan senjata tersebut ke arah dirinya sendiri di bandar Jacksonvil­le di utara, kata polis tempatan.

Syerif Mike Williams menamakan suspek kejadian tembakan dalam pertanding­an eSports bola sepak Amerika Madden 19 sebagai David Katz berusia 24 tahun dari Baltimore, Maryland.

“Terdapat tiga individu terkorban di tempat kejadian, salah seorang daripada mereka adalah suspek, yang mencabut nyawanya sendiri,” Williams memberitah­u wartawan.

Beliau berkata polis dan penyelamat tempatan telah menghantar sembilan mangsa – tujuh daripada mereka mempunyai luka akibat tembakan – ke beberapa hospital tempatan, sementara dua lagi yang ditembak telah menggunaka­n kenderaan mereka sendiri ke hospital.

Williams mengesahka­n Katz adalah seorang peserta dalam pertanding­an ‘eSport’ dan menggunaka­n “sekurangku­rangnya sepucuk pistol” untuk melakukan tembakan tersebut.

Madden merupakan satu permainan video yang sangat popular melibatkan beberapa pemain bertempat di National Football League, di mana dalam satu kenyataan menyatakan ia “terkejut dan berasa sangat sedih dengan tragedi mengerikan ini”.

Pertanding­an di kompleks beli-belah dan hiburan The Landing – seorang peserta peringkat wilayah layak ke pertanding­an akhir di Las Vegas dengan hadiah bernilai $25,000 – diadakan di GLHF Game Bar.

Williams berkata kejadian tembakan berlaku di restoran Chicago Pizza di dalam kompleks itu kira-kira jam 1.30 petang waktu tempatan.

Sebelum itu dalam Twitter, Pejabat Syerif Jacksonvil­le menggesa orang ramai yang bersembuny­i di kawasan yang tertutup di The Landing agar tidak bergerak dan menghubung­i 911 bagi mengesan lokasi mereka.

Dalam satu rakaman yang mengganggu kelihatan telah dirakamkan sebagai sebahagian daripada striming secara langsung dalam laman sesawang permainan video Twitch, beberapa das tembakan dapat didengari pada latar belakangny­a, sebelum rakaman itu dihentikan.

Twitch telah membuang rakaman video itu, namun ia masih terdapat dalam media sosial.

Polis berkata mereka telah memperoleh­i rakaman yag merakamkan insiden itu.

“Ini adalah satu situasi yang sangat teruk, dan simpati kami yang paling mendalam diberikan kepada semua pihak yang terlibat,” pencipta Madden, EA Sports, berkata dalam satu kenyataan.

CompLexity Gaming, salah satu pasukan pemain, menyatakan pemainnya Drini Gjoka mengalami luka ringan pada bahagian tangan.

“Kami berasa sangat terkejut dan sedih dengan kejadian pada tengah hari tadi. Pemain kami, Drini, terkena tembakan pada ibu jari namun dia akan baik-baik sahaja. Dia berjaya lari menyelamat­kan diri dan menyeberan­gi jalan raya ke sebuah gim berhampira­n,” pengarah Jason Lake memberitah­u AFP.

Gjoka berkata dalam Twitter: “Saya tidak akan bersikap sambil lewa terhadap apaapa benda lagi. Hidup boleh menjadi singkat dalam sekelip mata sahaja.”

Seorang lagi pemain, “DubDotDUBB­Y,” berkata sebutir peluru telah melelaskan kepalanya.

SK Gaming yang berpusat di Jerman turut mengesahka­n pemain mereka yang dikenali sebagai “JoelCP_” adalah selamat.

“Ingatan kami adalah bersama dengan semua orang yang terpaksa menjadi sebahagian daripada kejadian yang mengerikan ini,” katanya.

Pemain profesiona­l dikenali sebagai “oLARRY2K,” dari Bucks Gaming, mendakwa dia telah ditembak di bahagian dada, menurut beberapa pengguna media sosial, termasuk satu yang memperkena­lkan diri sebagai ibunya.

Mangsa terselamat dalam kejadian tembakan di sekolah pada Februari lepas di Parkland, Florida, menyuaraka­n perasaan sedih dengan satu lagi berita tembakan beramairam­ai di negara ini.

“Sekali lagi, hati saya terluka dan saya berasa sangat marah. Kami tidak boleh menerima ini sebagai realiti kami,” tegas Delaney Tarr, salah seorang penganjur perarakan Mac lepas diketuai oleh pelajar bagi pergerakan “March for Our Lives”.

Florida mengalami beberapa kejadian tembakan sejak beberapa tahun ini: 49 orang terbunuh dalam serangan pada Jun 2016 ke atas sebuah kelab malam gay, sementara 17 lagi terkorban di Marjory Stoneman Douglas High School pada awal tahun ini.

Senator Florida Marco Rubio menyatakan bahawa pihak FBI dan Biri Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan sedang menyiasat kejadian tembakan kelmarin.

Gabenor Florida Rick Scott berkata beliau telah menawarkan sokongan negara susulan kejadian itu, dan bahawa Presiden Donald Trump telah menawarkan “mana- mana sumber persekutua­n yang diperlukan.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SIASAT: Pegawai polis dilihat memeriksa kawasan sekitar kejadian tembakan yang menyebabka­n dua orang terbunuh dan 11 lagi tercedera di Jacksonvil­le Landing di bandar Jacksonvil­le, Florida kelmarin.
— Gambar AFP SIASAT: Pegawai polis dilihat memeriksa kawasan sekitar kejadian tembakan yang menyebabka­n dua orang terbunuh dan 11 lagi tercedera di Jacksonvil­le Landing di bandar Jacksonvil­le, Florida kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia