Utusan Borneo (Sarawak)

ALAN LING ANGKAT SUMPAH SENATOR

-

MIRI: Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling semalam mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara dan menjadi Senator pertama dari Sarawak yang berbuat demikian di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Alan, 35, juga merupakan seorang peguam, selain menjadi setiausaha DAP di peringkat negeri, merupakan Penolong Setiausaha Agung Pemuda DAP Kebangsaan, merupakan Senator termuda pernah dilantik, setakat ini.

Beliau yang ditemani isteri Florence Lau, ayahnya TK Ling serta pemimpin-pemimpin parti yang lain dan rakan-rakan, mengangkat sumpah semalam bersama 11 lagi Senator baharu yang dilantik.

Dewan Rakyat mempunyai 70 Senator dengan sebahagian besar daripada mereka masih lagi daripada kalangan ahli parti Barisan Nasional (BN) yang ada sekarang dan bekas parti komponen BN.

Sementara itu, Alan yang merupakan graduan Sheffield University, United Kingdom (UK) dalam bidang perundanga­n, sudah bergerak aktif menjadi ‘pemimpin’ semasa masih menuntut dan pernah memangku jawatan presiden Pelajar-Pelajar Perundanga­n Malaysia di UK.

Kini selain aktif bersama partinya, beliau turut memiliki firma guaman yang bukan sahaja menawarkan khidmat guaman di Sarawak, malah di Semenanjun­g Malaysia.

Beliau juga merupakan seorang yang petah dan mempunyai kemahiran dalam berbahas dan berucap di khalayak ramai serta seorang yang senang didampingi, apatah lagi beliau merupakan bekas wakil rakyat iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau selama satu penggal sebelum tewas dalam percubaan mempertaha­nkan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 yang lalu.

Sementara itu, ahli DAP Miri yang turut bergembira dengan pelantikan beliau, turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah memberi kepercayaa­n kepada DAP dan melantik seorang Senator parti itu dari Sarawak.

“Kami amat berbangga dengan Alan dan lebih penting lagi, beliau kini dapat menempatka­n diri sebagai Senator di Dewan Rakyat, sekali gus membantu menyuaraka­n masalah-masalah yang dihadapi negeri ini dan keperluan rakyat negeri ini,” kata Ketua Pemuda DAP Miri Peter Hii.

 ??  ?? ANGKAT SUMPAH: Alan semasa upacara angkat sumpah semalam.
ANGKAT SUMPAH: Alan semasa upacara angkat sumpah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia