Utusan Borneo (Sarawak)

REMAJA OKU RENTUNG

Ketika kejadian mangsa bersendiri­an di rumah, ahli keluarga keluar bekerja.

- Oleh Clare Cinderella

LAWAS: Seorang remaja kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran yang memusnahka­n dua rumah kayu berkembar yang didiami pekerja di Ladang Trusan, Jalan Sundar dekat sini, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9.33 pagi semalam, kedua-dua rumah kayu berkembar itu yang masing-masing dihuni tujuh sekeluarga termasuk mangsa dan lima sekeluarga, hampir musnah keseluruha­nnya dalam kebakaran tersebut.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Yoyo Aminun, 15, tinggal bersendiri­an di rumah sementara ahli keluargany­a yang lain keluar bekerja.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad memberitah­u, Balai Polis Lawas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.40 pagi.

“Semasa kejadian, mangsa yang juga seorang OKU tinggal seorang diri sementara ahli keluargany­a yang lain keluar bekerja.

“Mayat mangsa telah dihantar ke bilik mayat Klinik Trusan sementara menunggu proses bedah siasat dijalankan,” jelas beliau.

Sebuah jentera bomba dan penyelamat serta dua kenderaan bomba dengan 10 anggota termasuk pegawai turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.39 pagi.

Pegawai Penguasa Bomba Zaki Hussin berkata pihaknya menemui mayat mangsa di bilik mandi rumah berkenaan semasa melakukan pemadaman.

Api berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya, bagaimanap­un punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan jumlah kerugian belum dapat dianggarka­n.

Turut hadir membantu ialah pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) dan anggota polis dari Balai Polis Lawas.

 ??  ?? KEBAKARAN: Pihak bomba bertungkus-lumus memadamkan api yang marak. RENTUNG: Mayat mangsa ditemui anggota bomba semasa memadam kebakaran di rumah tersebut. RANAP: Dua anggota bomba terus memadamkan sisa-sisa kabakaran yang masih ada.
KEBAKARAN: Pihak bomba bertungkus-lumus memadamkan api yang marak. RENTUNG: Mayat mangsa ditemui anggota bomba semasa memadam kebakaran di rumah tersebut. RANAP: Dua anggota bomba terus memadamkan sisa-sisa kabakaran yang masih ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia