Utusan Borneo (Sarawak)

BAPA TEMANI ANAK BERKURSUS MENINGGAL DI HOTEL

-

KUCHING: Demi menemani anaknya yang mengikuti kursus di bandar raya ini, seorang bapa yang menghidapi kanser paru-paru tahap tiga akhirnya menghembus nafas terakhir di sebuah hotel bajet di Jalan Matang petang kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Koh Fook Lai berusia 57 tahun dari Jalan KJD Sungai Mador, Bintangor sebelum itu ditemui pengsan di dalam bilik hotel bajet berkenaan oleh anaknya sendiri.

Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching Ng Ah Lek berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 5.45 petang kelmarin daripada pengurus hotel bajet berkenaan yang memaklumka­n bahawa seorang lelaki pengsan di dalam bilik hotel.

Jelasnya, pihak ambulans telah dihubungi dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahka­n mangsa telah meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa menghidap penyakit kanser paru-paru tahap tiga.

“Mangsa juga dikatakan sering jatuh pengsan sebelum ini. Tiada unsur jenayah dan tempat kejadian diperiksa,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ng memberitah­u, mayat mangsa telah dibawa ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Beliau menjelaska­n, mangsa datang ke bandar raya ini kelmarin untuk menghantar dan menemani anaknya yang menghadiri kursus binaan di sini dan menginap di hotel bajet tersebut.

Sebelum itu, anak mangsa dikatakan cuba menghubung­i bapanya sekitar jam 4 petang kelmarin namun tidak dijawab.

Bimbang tentang keselamata­n bapanya, anak mangsa pulang ke hotel bajet tersebut untuk melihat keadaan sebelum menemui bapanya terbaring tidak sedarkan diri di atas katil.

Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

 ??  ?? MENINGGAL: Anggota polis mengusung mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Umum Sarawak.
MENINGGAL: Anggota polis mengusung mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Umum Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia