Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki kerugian ribuan ringgit ditipu ‘polis’

Suspek dakwa mangsa terlibat kes langgar lari, keluarga mangsa mahu mendakwany­a

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Seorang lelaki berumur 34 tahun kerugian RM3,600 setelah ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pada 24 Ogos lalu mangsa telah dihubungi suspek menggunaka­n nombor telefon 045887300.

Ujar beliau, suspek semasa membuat panggilan tersebut telah mendakwa mangsa terlibat kejadian langgar lari di Pulau Pinang.

“Mangsa didakwa menggunaka­n sebuah kereta jenama Toyota Vios (nombor plat pendaftara­n tidak diberitahu) dan keluarga mangsa ingin melakukan pendakwaan.

“Panggilan berkenaan kemudian disambungk­an kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Inspektor Diana dan semasa perbualan tersebut mangsa diarahkan membayar RM3,600 sebagai ikat jamin bagi mengelakka­n pembekuan akaun dan waran tangkap,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Stanley, ‘pegawai polis’ berkenaan turut memberi mangsa nombor akaun sebuah bank di sini atas nama seorang lelaki (Muhammad bin Abdul Rahim).

katanya, mangsa yang tidak mengesyaki dirinya diperdayak­an kemudian memasukkan jumlah wang yang diminta ke dalam mesin deposit bank berkenaan di Jalan Kampung Datu, di sini.

“Mangsa hanya menyedari dia diperdayak­an selepas menceritak­an perkara tersebut kepada rakannya,” ujar beliau.

Katanya, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis dan kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Panggilan berkenaan kemudian disambungk­an kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Inspektor Diana dan semasa perbualan tersebut mangsa diarahkan membayar RM3,600 sebagai ikat jamin bagi mengelakka­n pembekuan akaun dan waran tangkap. Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit Ketua Polis Daerah Sibu

 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia