Utusan Borneo (Sarawak)

Buruh didakwa bunuh jiran direman lanjut

-

MIRI: Mahkamah Majistret memerintah­kan tempoh reman ke atas seorang buruh yang ditangkap kerana disyaki membunuh jirannya, tiga tahun lalu dilanjutka­n selama tujuh hari lagi sehingga 3 September depan.

Perintah itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah meluluskan permohonan reman lanjut yang dikemukaka­n pegawai penyiasat ASP Lee Chee Keat dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Lee memberitah­u, suspek, 39, dari Kampung Lusut, Taman Tunku di sini direman selama tujuh hari sejak 20 Ogos lalu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan tempoh reman tersebut tamat pagi semalam.

Katanya, memandangk­an siasatan lanjut polis tidak dapat diselesaik­an dalam tempoh itu, justeru beliau memohon reman lanjut tujuh hari lagi ke atas suspek.

Berdasarka­n permohonan reman terdahulu beliau berkata, pada 11 Jun 2015 seorang wanita telah membuat laporan polis berhubung kematian suaminya, Mingu Nanggai, 44.

Dalam aduannya, pengadu yang ketika itu berusia 36 tahun mendakwa sekitar jam 8 malam, 29 Mei 2015, ketika berada di rumahnya di Kampung Lusut, Taman Tunku bersama seorang anak perempuan berusia 10 tahun dan suami, tiba-tiba mereka telah didatangi seorang lelaki dikenali sebagai ‘Sim Beng’.

Lelaki terbabit terus memukul suami pengadu menggunaka­n batang penyapu dan membawanya minum minuman keras lagi.

Pengadu dan anaknya kemudian pergi ke rumah mentuanya di kawasan berhampira­n.

Sekitar jam 2.30 pagi, 30 Mei 2015, pengadu mendapati suaminya terduduk di hadapan pintu rumah mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai telah meninggal dunia.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 9 pagi, 19 Ogos lalu di pekarangan Balai Polis Pusat Miri, polis telah menangkap semula seorang lelaki yang diserahkan orang awam dalam keadaan mabuk.

Tangkapan ke atas suspek dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia