Utusan Borneo (Sarawak)

Empat lelaki disyaki terlibat kes pecah rumah dan curi

-

MIRI: Empat lelaki yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Fredly Juing dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Fredly memberitah­u, pada 23 Oktober 2017 seorang remaja lelaki telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri mendakwa rumahnya di Kampung Lusut, Taman Tunku telah dipecah masuk pencuri.

Dalam aduannya, pengadu, 18, mendakwa sekitar jam 7 pagi, 23 Oktober 2017 dia mendapati rumahnya yang ditinggalk­an sejak jam 8 malam, 22 Oktober 2017 telah dipecah masuk pencuri melalui pintu hadapan.

Pengadu yang kemudianny­a melakukan pemeriksaa­n lanjut mendapati beberapa barang seperti tiga unit telefon bimbit, sebuah komputer riba, sebuah tong gas, pakaian, seutas jam tangan dan barang kerja rumah telah hilang.

Kerugian dianggarka­n bernilai RM16,000.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 11.15 pagi, 24 Ogos lalu, sepasukan polis Bintulu diketuai Inspektor Nixon Malang yang melancarka­n Ops Cantas ber- jaya menangkap empat lelaki di pekarangan Mahkamah Bintulu kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya Fredly memberitah­u, reman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas keempat-empat suspek yang berusia 20, 25, 47 dan 34 tahun masing-masing dari Suai dan Batu Kawa, Kuching amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes itu.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan keempat-empat suspek, selain menjalanka­n ujian air kencing ke atas mereka, justeru membebaska­n mereka lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman empat hari ke atas semua suspek dan tempoh reman ke atas mereka akan tamat pada 29 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia