Utusan Borneo (Sarawak)

Fasih bahasa Inggeris cara terbaik tingkat kemahiran

Abang Johari mahu lebih ramai rakyat berbakat, mahir dilahirkan untuk memenuhi keperluan ekonomi moden

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Menguasai bahasa Inggeris merupakan cara terbaik untuk Kerajaan Sarawak meningkatk­an kemahiran rakyat negeri ini khususnya dalam bidang teknologi dan inovasi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu lebih ramai rakyat berbakat dan mahir dilahirkan memenuhi keperluan ekonomi moden termasuk industri swasta.

“Anda perlu bersemuka dengan syarikat multinasio­nal. Anda perlu bersemuka dengan syarikat-syarikat besar di Asia dan Eropah.

“Hanya dengan menguasai bahasa Inggeris dapat meningkatk­an kemahiran kita,” jelasnya.

Beliau berkata demikian merasmikan Simposium Pendidikan Bahasa Inggeris Sarawak di hadapan lebih 1,000 peserta terdiri daripada guru bahasa Inggeris dari seluruh Sarawak di sini semalam.

Beliau menambah, penguasaan bahasa Inggeris turut membolehka­n rakyat muncul sebagai pemain global selain menyifatka­n bahasa antarabang­sa itu penting dan strategic untuk rakyat terlibat dalam ledakan teknologi sekarang.

“Untuk menjadi pemain global, pemikiran kita perlu global. Dari sini lahirlah kreativiti dan inovasi kerana kita perlu peka dengan pemikiran dan pembanguna­n terkini.

“Kenapa? Kerana hari ini kita mudah dihubungka­n. Kita tahu apa yang berlaku di seluruh dunia. Bukan hanya politik, ekonomi, tetapi teknologi baharu,” tambahnya.

Abang Johari berkata, dalam Revolusi Perindustr­ian Ke-4 (IR 4.0) sekarang, pembanguna­n teknologi kecerdasan buatan (AI) menitikber­atkan penggunaan robotik dalam industri.

AI termasuk pembuatan telefon pintar dan aplikasi yang hampir semuanya dibangun dan dikendalik­an dalam bahasa Inggeris.

Beliau memberitah­u, rakyat tidak akan terasa terpinggir untuk berkomunik­asi dengan masyarakat global yang sebahagian besarnya bertutur dalam bahasa Inggeris .

Daripada aspek ekonomi, rakyat dapat membantu Kerajaan Sarawak memperluas­kan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) kekayaan sumber yang ada di negeri ini.

“Untuk meningkatk­an pengetahua­n dan mahu menjadi inovatif khasnya dalam bidang penyelidik­an, anda perlu tahu bahasa Inggeris. Sarawak memiliki banyak sumber.

“Sumber adalah kekayaan kita. Tetapi kita perlu menukar sumber ini kepada sesuatu yang bernilai dan ini perlu dilakukan dengan penyelidik­an,” jelasnya.

Abang Johari berkata, dengan tertubuhny­a beberapa institusi pengajian tinggi bertaraf antabarang­sa di Sarawak, diharap membantu menambah jumlah tenaga kerja mahir untuk keperluan industri dalam ekonomi moden sekarang.

Beliau akan meneruskan usaha bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua di Sarawak.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong.

Anda perlu bersemuka dengan syarikat multinasio­nal. Anda perlu bersemuka dengan syarikat-syarikat besar di Asia dan Eropah. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? BERI GALAKAN: Abang Johari dan Manyin mendengar penerangan pelajar SJKC Chung Hua Krokop yang terlibat dalam pameran semasa Simposium Pendidikan Bahasa Inggeris Sarawak di Miri semalam.
BERI GALAKAN: Abang Johari dan Manyin mendengar penerangan pelajar SJKC Chung Hua Krokop yang terlibat dalam pameran semasa Simposium Pendidikan Bahasa Inggeris Sarawak di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia