Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari dijangka rasmi Pusat Warisan Bung Bratak awal 2019

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadual menyempurn­akan majlis perasmian Pusat Warisan Bung Bratak ( PWBB) pada awal tahun depan.

Pengerusi PWBB Datuk Peter Minos berkata ketika ini PWBB sudah siap 90 peratus dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyiapkan jalan berturap ke situ diikuti kerjakerja pelengkap lain.

Beliau berharap PWBB akan mula dibuka kepada pengunjung dan pelancong pada 1 Januari 2019.

“PWBB dilengkapi dua rumah panjang tradisiona­l 600 kaki, satu untuk dewan seminar atau persidanga­n, pejabat dan muzium mini manakala satu lagi sebagai inap desa atau tempat penginapan untuk 100 orang pada satu masa.

“Selain itu terdapat ‘baruk’ yang boleh digunakan untuk menganjurk­an mesyuarat dan majlis kecil, tempat makan dan dapur serta dewan menyambut tetamu,” katanya.

Beliau berkata pengunjung dan pelancong yang datang ke PWBB akan dikenakan caj berpatutan untuk bilik termasuk makan minum.

“PWBB selepas majlis perasmian nanti dikenali Bung Bratak mempunyai pelbagai pusat bersejarah dan ekopelanco­ngan, hutan dara, air gunung segar, pemandanga­n cantik, dua air terjun, lubang air panas yang mempunyai kuasa menyembuh tradisiona­l, pengembara­an hutan dan laluan warisan.

“Selain itu, ia juga kaya dengan flora dan fauna, burung dan haiwan liar selain serangga.

“Semuanya berasaskan alam semula jadi dan kembali ke asas di Bung Bratak,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, Bung Bratak merupakan tapak ke- diaman asal Bidayuh daripada kumpulan Jagoi-Bratak yang berusia lebih 750 tahun, kini mempunyai 33 kampung di daerah Bau dan Lundu.

“Bung Bratak akan menjadi pusat sejarah dan ekopelanco­ngan di atas gunung, tidak terdapat di tempat lain di Borneo. Ia turut mendapat pengktiraf­an daripada UNESCO.

“Ini dibuktikan dengan sekumpulan pelajar universiti dari Australia dan Singapura telah membuat tempahan untuk tinggal di Bung Bratak untuk beberapa minggu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata PWBB berterima kasih kepada pelbagai agensi kerajaan dan individu kerana menjadikan Bung Bratak realiti, khususnya Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, JKR Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Majlis Daerah Bau, Pejabat Daerah Bau dan Pegawai Daerah, Lembaga Pelanconga­n Sarawak, Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan dan semua wakil rakyat tempatan.

“Bung Bratak adalah projek yang benar-benar mempunyai keistimewa­an dan sangat menyayangi serta menghormat­i sejarah, budaya dan ekopelanco­ngan,” katanya.

 ??  ?? PETER MINOS
PETER MINOS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia