Utusan Borneo (Sarawak)

Saudara baharu di Kampung Pueh Sematan dapat surau baharu

-

KUCHING: Surau Baitul Quddus Saudara Kita akhirnya siap di Kampung Pueh Sematan dengan peruntukan sebanyak RM65,000 untuk kegunaan saudara baharu di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Amar Jamilah Anu berkata pembinaan surau itu bertujuan memudahkan umat Islam serta 65 keluarga saudara baharu di kampung berkenaan menunaikan solat dan menjalanka­n aktiviti keagamaan.

“Usaha murni itu akhirnya menjadi kenyataan dengan bantuan ahli jawatankua­sa ibu pejabat HIKMAH yang telah ditubuhkan khas bagi pembinaan surau itu dan akhirnya telah digunakan pada bulan ini.

“Namun sebagai pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL) semestinya saya akan memberi perhatian untuk kegunaan masyarakat Islam di kawasan Tanjong Datu,” katanya semalam.

Beliau bagaimanap­un menasihati orang ramai yang menggunaka­n kemudahan itu agar bersama-sama menjaga kebersihan kawasan surau.

Jamilah turut menyampaik­an sumbangan peribadi beliau selain menyatakan bahawa sumbangan juga boleh dipohon daripada wakil rakyat dari kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) berhampira­n.

“Sumbangan juga boleh dipohon daripada YB lain di kawasan ini seperti YB Ranum walaupun bukan beragama Islam tapi kita akan saling membantu. Itulah keindahan di Sarawak,” tambahnya.

Majlis itu turut dihadiri Pemanca Bujang Jali, Ketua Wanita Pergerakan Wanita PBB Tanjong Datu, Ahli Majlis Daerah Lundu Fatimah Abdullah, penghulupe­nghulu dan katua- ketua masyarakat.

 ??  ?? MESRA RAKYAT: Jamilah (tengah, baris kedua) bergambar kenangan bersama mereka yang hadir di majlis diadakan di Kampung Pueh Sematan baru-baru ini.
MESRA RAKYAT: Jamilah (tengah, baris kedua) bergambar kenangan bersama mereka yang hadir di majlis diadakan di Kampung Pueh Sematan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia