Utusan Borneo (Sarawak)

Projek infrastruk­tur untuk Sarawak bukan pembaziran tetapi keperluan: Julaihi

-

SEBUYAU: Kenyataan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rina Mohd Harun bahawa rakyat Sarawak tidak memerlukan projek pembanguna­n infrastruk­tur dengan alasan membazir dilihat sebagai satu penghinaan terhadap rakyat Sarawak.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata sepatutnya, Rina sebagai menteri yang bertanggun­gjawab membuat kajian terperinci sebelum mengeluark­an sebarang kenyataan.

“Semua maklum bahawa projek pembanguna­n infrastruk­tur untuk Sarawak bukan pembaziran tetapi satu keperluan.

“Saya kasihan dengan Rina kerana tidak mempunyai maklumat tepat, bak kata pepatah ‘malu bertanya sesat jalan’.

“Mungkin ada benarnya rungutan Perdana Menteri bahawa ramai barisan kabinet baharu kurang berpengala­man mentadbir urus negara.

“Contoh jelas adalah kenyataan oleh Rina,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara ini.

Terdahulu Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sebuyau merasmikan majlis penutupan Persatuan Silat Helang Putih Cawangan Sebuyau barubaru ini.

Tambah Julaihi, jika rakyat Sarawak tidak memerlukan pembanguna­n infrastruk­tur seperti yang didakwa, masakan kerajaan rancak merancang dan membina projek Pan Borneo dan jalan pesisir.

“Justeru, kita berharap tiada lagi kenyataan-kenyataan kurang matang yang boleh menyinggun­g perasaan rakyat Sarawak berlaku lagi selepas ini.

“Buat Ahli Parlimen Titiwangsa, beliau mungkin membayangk­an projek infrastruk­tur di Sarawak sudah lengkap seperti kemudahan di kota metropolit­an atau di Kuala Lumpur,” kata Julaihi secara sinis sambil menyifatka­n Rina sebagai menteri yang naif.

 ??  ?? ALBUM: Julaihi (tengah) merakam kenangan bersama pesilat-pesilat Persatuan Helang Putih Cawangan Sebuyau di Dewan Pembanguna­n Sebuyau.
ALBUM: Julaihi (tengah) merakam kenangan bersama pesilat-pesilat Persatuan Helang Putih Cawangan Sebuyau di Dewan Pembanguna­n Sebuyau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia