Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan datang ke Sibu pada 8 September depan

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kanowit George Chen mengumumka­n bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan datang ke Sibu pada 8 September depan.

Menurutnya, kunjungan itu menjadikan bahagian Sibu merupakan bahagian pertama di Sarawak akan dikunjungi Anwar selepas dibebaskan daripada hukuman penjara.

“Anwar akan menghadiri majlis makan malam di Hotel Kingwood di sini jam 6.30 petang.

“Kedatangan beliau akan disambut meriah oleh kami bermula di Lapangan Terbang Sibu (LTS) hingga ke majlis tersebut nanti,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau memberitah­u, majlis makan malam itu akan dihadiri semua cawangan parti di negeri ini yang mempunyai

Selain itu, kami menjemput penyokong parti serta rakan-rakan parti daripada Pakatan Harapan (PH) supaya datang beramai-ramai pada majlis makan malam itu bagi bersama-sama memberi sokongan kepada bakal Perdana Menteri itu. George Chen Setiausaha PKR Kanowit

29 cawangan.

“Selain itu, kami menjemput penyokong parti serta rakan-rakan parti daripada Pakatan Harapan (PH) supaya datang beramai-ramai pada majlis makan malam itu bagi bersama-sama memberi sokongan kepada bakal Perdana Menteri itu,” jelasnya.

Chen memberitah­u, majlis itu adalah anjuran bersama PKR Zon Tengah yang terdiri daripada 11 cawanganny­a iaitu Tanjung Manis, Mukah, Sibu, Lanang, Kanowit, Se- langau, Julau, Sarikei, Hulu Rajang dan Kapit.

“Kita berharap majlis ini sebagai langkah pertama kita menghadapi Pilihan Raya Negeri dan kita turut berharap dapat menewaskan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sekali gus dapat mentadbir negeri ini sebagai sebuah kerajaan baharu,” tegasnya.

Justeru, beliau mengalualu­kan kedatangan semua ahli parti bagi memberi sokongan padu kepada Anwar.

Tambahnya, tiket meja ma- jlis makam malam itu akan dijual dengan harga RM1,000, RM800 dan RM500.

Ia boleh dibeli dengan menghubung­i Abdul Raafidin Majidi ( Sibu- 0168670078), Law Hin Ching (Lanang-0198866132), Umie Liau ( Ulu Rajang0128­806276),Thomas Laja ( Kanowit- 0115504458­8), Wong Chin Tung (Sarikei- 0111057822­8), Abdul Jalil ( Mukah- 0198852055), Kevin Klo-hatan (Bintulu019­3325538), Samana Sawang ( Julau- 0195659294) dan George Chen (0198873515). KUCHING: Jalan Tun Hussein Onn akan ditutup mulai jam 11.59 tengah malam pada 30 Ogos hingga 11.59 tengah malam pada 2 September bagi menjalanka­n pembinaan Laluan Bertukar Nyabau.

Menurut kenyataan akhbar semalam, ia juga merupakan laluan dalam Projek Lebuh Raya Pan Borneo

Pengguna jalan raya dinasihati tidak melanggar aturan papan tanda bagi membawa mereka ke jalan alternatif menerusi Jalan Johari Sunam.

Untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh menghubung­i Pengurus Projek Lebuh Raya Pan Borneo Chong Cheong Leong di talian 011-2305 6399 atau Pegawai Pengurusan Trafik Fedrick Michael (014-591 4001).

Orang ramai juga boleh melayari kemas kini terbaharu di laman sosial Facebook di Pan Borneo Highway Sarawak atau panborneoh­ighwaysara­wak (Instagram) atau akaun Twitter PanBorneoS­wak di www.panborneo. com.my.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Chen (duduk, tengah) serta yang lain ketika sidang media di Sibu, semalam.
SERTAI KAMI: Chen (duduk, tengah) serta yang lain ketika sidang media di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia