Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO Miri bayar pampasan RM2 juta kepada waris pencarum

-

MIRI: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Cawangan Miri telah membayar pampasan berjumlah kira-kira RM2 juta kepada waris pencarum sejak Januari hingga Julai lalu.

Pengurusny­a Griffin Francis berkata, bayaran pampasan melibatkan pelbagai kes yang melibatkan kematian atau kecacatan pencarum di bawah umur 60 tahun.

Ia termasuk hilang upaya kekal, faedah pengurusan mayat, hilang upaya kekal pukal dan berkala, ilat dan bantuan ilat, pencen penakat dan faedah orang tanggungan.

“Kita masih menyedari ramai majikan tidak mencarum pekerja mereka serta waris tidak mengetahui hak- hak mereka selepas berlaku kematian melibatkan pencarum,” katanya semasa mengadakan lawatan ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Miri semalam.

Griffin menarik perhatian PERKESO Miri juga telah membayar pampasan kepada salah seorang waris selepas kematian anaknya pada 2004.

“Apabila mereka datang kepada kami dengan dokumen yang lengkap dan mendapati ada caruman, maka pampasan dibayar kepada waris,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, Griffin juga mendedahka­n sejumlah 32 kompaun telah dikeluarka­n terhadap majikan membabitka­n denda sebanyak RM22,500.

“Kesemua majikan yang dikesan gagal mencarum PERKESO terdiri daripada peniaga industri kecil-kecilan termasuk mereka yang baharu memulakan perniagaan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah PERKESO Sarawak Philip Sangkan berkata, kunjungan hormat ke pejabat Ahli Parlimen Miri adalah untuk mengeratka­n hubungan kedua-dua pihak.

“Kami menyedari rakyat akan berjumpa dan mengadu masalah kepada wakil rakyat Miri, di situ kami juga boleh membantu jika membabitka­n isu caruman PERKESO,” jelasnya.

Philip juga berkata, pihaknya juga telah menubuhkan Skuad Prihatin PERKESO bagi mendekati waris yang belum mengetahui hak dan manfaat PERKESO.

“Kami juga memerlukan kerjasama media dan pejabat wakil rakyat untuk mem- bantu waris mangsa yang tidak tahu akan hak mereka,” tegasnya.

Menurutnya, Skuad Prihatin PERKESO akan turun padang menjejaki waris dan menyediaka­n perkhidmat­an lebih dekat dan berkesan.

“Kami anggap ini adalah jambatan kami untuk mendekati waris yang memerlukan bantuan terutama bagi mereka yang tidak tahu hak mereka, untuk mendapatka­n pampasan,” jelasnya.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo menyambut baik kerjasama dengan PERKESO kerana pihaknya juga menerima masalah berkaitan tuntutan PERKESO.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Philip dan Dr Teo (lima kanan) dan Griffin (tiga kiri) bergambar bersama waris yang menerima pampasan PERKESO di Miri semalam.
RINGANKAN BEBAN: Philip dan Dr Teo (lima kanan) dan Griffin (tiga kiri) bergambar bersama waris yang menerima pampasan PERKESO di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia