Utusan Borneo (Sarawak)

Program Merdeka@Komuniti di Sarikei galak kibar Jalur Gemilang

-

SARIKEI: Bagi menyemarak­kan lagi Bulan Kemerdekaa­n, Jabatan Penerangan Bahagian Sarikei akan menganjurk­an Program Merdeka@ Komuniti dengan melancarka­n Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Pegawai Jabatan Penerangan Bahagian Sarikei Mohamad Sahrizan berkata, program itu akan berlangsun­g pada Rabu ini, bermula jam 2 petang di Taman Tasik Sarikei.

“Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk menerapkan nilai patriotism­e dan semangat cintakan negara sebagai asas dalam hidup rakyat Malaysia.

“Program ini turut bertujuan memberi pemahaman kepada rakyat negara ini bahawa pengibaran Jalur Gemilang adalah simbolik penghormat­an kepada sambutan Bulan Kemerdekaa­n negara.

“Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada rakyat memahami, menghayati dan menghargai perjuangan pemimpin terdahulu dalam mencapai kemerdekaa­n Malaysia,” katanya.

Mohamad berkata demiki- an pada sidang media sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang di Pejabat Penerangan Bahagian Sarikei, semalam.

Dalam memeriahka­n lagi sambutan dan kempen berkenaan, Jabatan Penerangan Bahagian Sarikei telah menyediaka­n pelbagai akitiviti dan mempelawa masyarakat setempat untuk menjayakan­nya.

Antaranya pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak, pertanding­an pakaian berag- am kanak-kanak dan dewasa, pertanding­an basikal berhias, senamrobik dan persembaha­n buskers kenegaraan.

Sehubungan itu kata Mohamad, penyertaan orang ramai amat dialu- alukan kerana setiap atur cara yang diadakan terbuka kepada semua peringkat masyarakat.

“Tetamu kehormat yang akan hadir bagi menyempurn­akan majlis perasmian program ini nanti ialah Ahli Parlimen Sarikei Andrew Wong Ling Biu.

“Pihak penganjur telah menyasarka­n sekitar 500 orang akan hadir pada program ini nanti.

“Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program ini atau ingin menyertai aktiviti yang telah disediakan pihak penganjur, mereka bolehlah menghubung­i Jabatan Penerangan Bahagian Sarikei di talian 084-651904 pada waktu pejabat,” tegas Mohamad.

 ??  ?? SEMARAKKAN: Mohamad (tengah) bersama pegawai Jabatan Penerangan Bahagian Sarikei yang lain mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Kempen Kibarkan Jalur Gemilang pada 29 Ogos ini.
SEMARAKKAN: Mohamad (tengah) bersama pegawai Jabatan Penerangan Bahagian Sarikei yang lain mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Kempen Kibarkan Jalur Gemilang pada 29 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia