Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 10 rumah panjang di Bakun masih bergelap, tiada air bersih

-

SIBU: Walaupun tinggal berdekatan Empangan Bakun, lebih 10 rumah panjang di situ masih belum mendapat bekalan elektrik dan air.

Rumah panjang berkenaan ialah Punau Biau, Punan Sama, Sekapan Panjai dan Pandak, Kejaman Meh dan Lasa, Tanjung, Rumah Apan, Uma Nyaving, Uma Lahanan, Long Mitik serta beberapa rumah panjang kaum Iban yang lain.

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Rajang Umie Liau berkata, selain tidak mempunyai bekalan elektrik dan air walaupun berdekatan Empangan Bakun, penduduk di situ masih mengharapk­an air graviti dari bukit.

“Bukan sahaja tidak dirawat, air itu kadang-kadang tidak cukup untuk kegunaan penduduk apabila musim perayaan Krismas.

“Ia tidak mencukupi untuk kegunaan seperti mandi, memasak dan sebagainya dan ini sangat menyulitka­n penduduk di sana sejak sekian lama,” katanya pada sidang media di pejabat PKR Lanang di sini, semalam.

Disebabkan masalah itu, Umie memberitah­u, penduduk yang bekerja di bandar kadangkada­ng berfikir dua tiga kali untuk pulang ke kampung.

Selain rumah panjang tersebut jelasnya, kira-kira 30,000 rakyat yang tinggal di Skim Penempatan Semula Empangan Bakun-Sungai Koyan turut mengalami masalah tekanan air rendah.

Air dari paip juga dakwanya, kadang-kadang keruh dan berbau serta didapati dicampurka­n terlalu banyak klorin.

“Masalah air adalah masalah utama yang sering menghantui penduduk di sana,” tegasnya.

Sementara itu, mengenai masalah lain Umie berkata Kerajaan Sarawak turut berjanji mahu menaik taraf jalan di Sungai Asap.

“Bagaimanap­un, janji itu belum lagi dilaksanak­an dan kini kami masih menggunaka­n jalan Projek Jiwa Murni.

“Kami menggelar jalan tersebut adalah ‘Projek Jiwa Merana’ kerana strukturny­a yang tidak selamat digunakan kerana tidak ditar (diturap) dan ia masih menggunaka­n jalan tanah,” katanya.

Sementara itu Umie memberitah­u, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa menghadiri satu majlis di sana baru-baru ini turut menabur janji peruntukan berjuta-juta ringgit bagi menaik taraf jalan tersebut namun hingga ke hari ini ia masih belum dilaksanak­an.

“Kita berharap Kerajaan Sarawak mengambil perhatian terhadap permasalah­an yang saya sebutkan tadi termasuk pembinaan jalan tar agar janji mereka tidak kosong.

“Disebabkan ini, kita amat berharap Pakatan Harapan (PH) dapat memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang agar semua masalah rakyat di kawasan Hulu Rajang dapat diselesaik­an,” tambahnya.

 ??  ?? BERSAMA: Wong (tengah) ketika menyertai ‘Flash Mob Dance’ bagi mempromosi­kan Sibu Internatio­nal BASE Jump 2018, petang kelmarin.
BERSAMA: Wong (tengah) ketika menyertai ‘Flash Mob Dance’ bagi mempromosi­kan Sibu Internatio­nal BASE Jump 2018, petang kelmarin.
 ??  ?? DAIF: Keadaan jalan Projek Jiwa Murni yang digunakan penduduk Sungai Asap hingga sekarang.
DAIF: Keadaan jalan Projek Jiwa Murni yang digunakan penduduk Sungai Asap hingga sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia