Utusan Borneo (Sarawak)

18 jelitawan rebut tempat ke final Ratu Dunia Malaysia 2018

-

KUCHING: Lapan belas peserta separuh akhir Ratu Dunia Malaysia 2018 akan berentap hari ini bagi merebut tempat 12 terbaik ke pertanding­an akhir pada 8 September ini.

Pemenang Ratu Dunia Malaysia 2018 bakal dimahkotak­an dengan tiara bernilai RM4 juta dan akan mewakili Malaysia ke pertanding­an Ratu Dunia di Sanya, China pada 8 Disember tahun ini.

Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak berbangga menjadi hos buat pertama kalinya bagi pertanding­an ini.

Pertanding­an akhir di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) nanti akan dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang.

“Pertanding­an akhir pada malam itu nanti turut akan menampilka­n beberapa tetamu istimewa termasuk supermodel terkenal Malaysia Amber Chia dan Carmen Soo serta pelakon terkenal Tong Bing Yu.

“Ratu Dunia Malaysia 2014 dan Ratu Bakat Dunia 2014 iaitu Dewi Liana Seriestha juga akan hadir pada malam tersebut bersama Ratu Dunia Malayais 2015 Brynn Lovett dan Ratu Cheongsam Sarawak 2016 Sapphire Wong.

“Untuk persembaha­n pula, kita akan dihiburkan penyanyi pemenang anugerah Imran Ajmain dan beberapa barisan artis lain,” katanya pada sidang media mengenai pertanding­an itu semalam.

Dalam pada itu, pertanding­an berprestij ini dianjurkan Creative Teamlab dan disokong Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Daripada 18 peserta separuh akhir yang akan berentap hari ini, empat merupakan peserta dari Sarawak dan merupakan daripada kalangan bukan calang-calang orang.

Pertanding­an ini menarik penyertaan lebih daripada 70 peserta bagi beberapa sesi pemilihan yang diadakan di Kuching, Kuala Lumpur dan melalui webcast.

Pertanding­an akhir Ratu Dunia yang diadakan setiap tahun disiarkan secara langsung ke kira-kira 180 negara dan menarik lebih satu bilion penonton.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ratu Dunia Malaysia 2018 , sila layari http:// www. missworldm­alaysia. org.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia