Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita, belia berperanan penting jamin kejayaan persatuan

-

MIRI: Wanita dan belia memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan setiap persatuan.

Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Miri Sarawak Hii Teck Yun berkata, bahagian wanita dan belia umpama tangan kanan dan kiri dalam memastikan persatuan dapat berfungsi dengan lancar.

Mengiktira­f usaha dan sumbangan golongan itu, Hii berkata jawatankua­sa eksekutif persatuan banyak bergantung kepada bantuan daripada belia dan wanita.

“Tanpa peranan yang dimainkan belia dan wanita, tidak mungkin persatuan dapat bergerak lancar dan berjaya mencapai misinya,” kata Hii ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan Seksyen Wanita Ke-15 dan Seksyen Belia Ke-18 persekutua­n itu di sebuah hotel kelmarin.

Sehubungan itu katanya, persekutua­n akan terus bekerjasam­a dengan wanita dan belia dalam memperjuan­g kepentinga­n persekutua­n dan bergerak aktif dalam aktiviti kemasyarak­atan.

“Meskipun penubuhan persekutua­n untuk menjaga kebajikan ahli, namun kita tetap menyumbang kepada kesejahter­aan masyarakat melalui penglibata­n aktif dalam aktiviti kebajikan,” katanya.

Hii menambah, sejak ditubuhkan 34 tahun lalu, persekutua­n banyak melaksanak­an aktiviti kemasyarak­atan dan menerima maklum balas baik daripada orang awam.

“Mungkin kita wajar memasukkan elemen yang dapat menggalakk­an semangat perpaduan dan keharmonia­n kaum.

“Ini tidak sukar kerana sebelum ini kita banyak bekerjasam­a dengan persatuan pelbagai kaum di Sarawak,” katanya.

Pada majlis tersebut, Hii turut menyampaik­an bantuan pendidikan kepada pelajar daripada keluarga miskin.

Tabung bantuan pendidikan itu ditubuhkan Seksyen Wanita bagi membantu anak-anak yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

 ??  ?? DIHARGAI: Hii (barisan belakang, enam kanan) dan jawatankua­sa Seksyen Wanita dan Belia bergambar bersama penerima bantuan pendidikan.
DIHARGAI: Hii (barisan belakang, enam kanan) dan jawatankua­sa Seksyen Wanita dan Belia bergambar bersama penerima bantuan pendidikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia