Utusan Borneo (Sarawak)

55 penerjun sah sertai Sibu Internatio­nal BASE Jump

-

SIBU: Setakat ini, seramai 55 penerjun dari lebih 20 buah negara telah mengesahka­n penyertaan dalam Sibu Internatio­nal BASE Jump 2018 yang dijadualka­n pada 20 hingga 23 September depan.

Acara ini dianjurkan Pejabat Residen Sibu dengan kerjasama Persatuan BASE Malaysia.

Timbalan Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng berkata, beliau menyasarka­n 70 hingga 80 peserta dari seluruh dunia akan mengesahka­n penyertaan untuk melakukan terjunan dari Wisma Sanyan, bangunan tertinggi di Sarawak, di sini.

Bercakap kepada pemberita di sebuah pasar raya terkemuka di sini semasa ‘Flash Mob Dance’ sempena promosi program tersebut petang kelmarin, beliau berkata lebih separuh peserta kali ini pernah menyertai acara ini.

Mengenai tarian kumpulan muzik (Flash Mob Dance) itu, Wong memberitah­u, 30 kakitangan pelbagai jabatan kerajaan telah mengambil bahagian dalam mempromosi­kan acara Sibu Internatio­nal BASE Jump 2018 kepada orang ramai di sini.

Sempena ulang tahun ke-10 acara tersebut, Wong berkata karnival akan diadakan di Dataran Bandar Sibu Fasa II pada 12 hingga 23 September.

“Kami mahu menjadikan acara ini lebih besar, menarik lebih ramai orang dan menjana aktiviti ekonomi untuk Sibu sepanjang acara ini,” katanya.

Antara lain karnival itu jelasnya, akan mengadakan pameran ekspo dan perdaganga­n.

Aktiviti lain termasuk ‘ Walk- A- Mile’, berbasikal malam oleh Kelab Berbasikal Swan dan permainan rakyat, permainan tradisiona­l di mana ia menumpukan penyertaan daripada para peserta acara tersebut.

Di samping itu, akan diadakan pertunjuka­n demonstras­i layang-layang, pertunjuka­n dan pertanding­an papan selaju, pertanding­an strongman, pertanding­an mewarna untuk semua peringkat umur serta pelancaran program kesedaran rabies.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia