Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Kids Got Talent 2018 platform kanak-kanak tunjuk bakat, kata Fatimah

-

KUCHING: Sarawak Kids Got Talent 2018 merupakan platform untuk kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun menunjukka­n bakat terpendam masing-masing.

Sehubungan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berharap untuk menyaksika­n sesuatu yang terbaik daripada kanak-kanak tersebut.

“Kita beri peluang kepada kanak- kanak untuk memberikan kita persembaha­n terbaik daripada yang terbaik,” katanya ketika pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Pengelola Sarawak Kids Got Talent (SKGT) Bil.3 2018 semalam.

Tambahnya, penghakima­n juri bagi prasekolah dan dan tadika swasta akan diadakan di Dewan SMK Tun Abang Haji Openg pada 5 September.

Sementara Tadika Perpaduan pada 13 September di Tadika Bumbok, Tabika KEMAS pada 17 September di Auditorium Sultan Iskandar, Tadika SEDIDIK pada 8 September di Riverside Shopping Mall dan taska swasta pada 18 September di tempat yang belum ditentukan pihaknya.

Kategori yang dipertandi­ngkan adalah Pengucapan Awam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Iban dan Mandarin dengan sijil, trofi dan tunai RM700 bagi setiap seorang.

Bagi Pertanding­an Tarian Bebas (bawah empat tahun) dan Pertanding­an Tarian Bebas ( lima hingga enam tahun) akan diberi sijil, trofi dan RM2,000 sepasukan.

Pertanding­an Nyanyian Solo (bawah empat tahun), Pertanding­an Nyanyian Solo (lima hingga enam tahun), Pertanding­an Melukis (empat hingga enam tahun) dan Special Talent (Terbuka) masingmasi­ng akan menerima sijil, trofi dan tunai RM700.

Juga hadiah sagu hati penyertaan iaitu sijil dan tunai RM100.

Setiap pemenang akan berpeluang membuat persembaha­n pada 19 Oktober iaitu jam 2.30 petang di Auditorium P.Ramlee RTM Sarawak.

Bagaimanap­un penyertaan hanya terbuka kepada kanak-kanak yang berdaftar di prasekolah di Sarawak sahaja.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Fatimah pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Pengelola Sarawak Kids Got Talent (SKGT) Bil.3 2018 di pejabatnya di Kuching semalam.
SIDANG MEDIA: Fatimah pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Pengelola Sarawak Kids Got Talent (SKGT) Bil.3 2018 di pejabatnya di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia