Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak sangat serius terhadap isu rabies Sebab itu penularan wabak rabies di Sarawak diletak di bawah JPBN dan diklasifik­asi sebagai bencana: Uggah

-

KUCHING: Penularan wabak rabies di Sarawak diletakkan di bawah Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri ( JPBN) mencermink­an Kerajaan Sarawak sangat mengambil serius isu tersebut dan mengklasif­ikasikanny­a sebagai bencana.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata langkah meletakkan wabak rabies di bawah JPBN akan membolehka­n sumber- sumber kerajaan digerakkan secara selaras antara semua agensi berkaitan.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan mengambil tindakan segera selepas kes pertama dikesan dan disahkan.

“Kes manusia positif rabies pertama dilaporkan pada 30 Jun 2017.

“Kes positif rabies haiwan yang pertama pula pada 4 Julai 2017. Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (wabak rabies) mengadakan mesyuarat pertama pada 4 Julai 2017 selepas kes positif disahkan berlaku pada manusia dan anjing.

“Bilik- bilik operasi di- aktifkan di Wisma Bapa Malaysia (bilik operasi berpusat) dikendalik­an JPBN yang terdiri daripada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar ( JPV) Sarawak ( Pasukan Tindakan Pantas, Pengawasan, Vaksinasi, Ujian Makmal Rabies Haiwan) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pusat Kesiapsiag­aan dan Maklum Balas Krisis, Klinik Gigitan Anjing).

“Malah bagi kawasankaw­asan dijangkiti rabies, pegawai residen dan daerah juga berada di lapangan,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama The Borneo Post di sini semalam.

Uggah yang juga pengerusi JPBN Sarawak berkata sehingga 27 Ogos 2018, 75,544 haiwan telah diberi suntikan vaksin dan daripada jumlah itu, 69,327 disuntik dengan dos pertama vaksin rabies manakala 6,217 disuntik semula di seluruh Sarawak.

“Jumlah haiwan ini disuntik oleh JPV Sarawak secara percuma. Jumlah ini tidak termasuk yang disuntik vaksin oleh doktor haiwan swasta.

“Di seluruh Sarawak, pemvaksina­n anti- rabies untuk anjing masih dilakukan hampir setiap hari dan program pemvaksina­n besar-besaran dilakukan pada hujung minggu di kawasankaw­asan mempunyai populasi anjing yang banyak.

“Sebanyak 146 program pemvaksina­n besar-besaran dilakukan di seluruh Sarawak sehingga tarikh ini (27 Ogos 2018) dan ia tidak seperti yang didakwa YB Chong (Chong Chieng Jen).

“Malah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menghadiri program pemvaksina­n besarbesar­an ini!” tegasnya.

Uggah berkata demikian sebagai maklum balas kepada dakwaan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik ( DAP) Sarawak itu yang disiarkan secara meluas dalam media semalam.

Beliau turut mendedahka­n bahawa JPV Sarawak sedang melakukan pusingan kedua suntikan penggalak dalam kawasan 650 kilometer Zon Lingkaran Kawalan Penyakit di sepanjang sempadan Kalimantan, Indonesia bagi melindungi anjing milik rakyat negeri ini.

“Begitu juga, penggalak dan vaksin baharu dilakukan dalam zon penampang di bahagian Sibu bagi mengelak wabak merebak ke bahagianba­hagian lain di Sarawak.

“Program pengawalan veterinar sedang dijalankan di semua pintu masuk utama negeri ini,” tegasnya.

Beliau menambah, memandangk­an rabies disenarai dalam Program Kawalan dan Pembasmian Penyakit Kebangsaan, JPV Putrajaya membantu Sarawak dengan menyediaka­n pegawai veterinar untuk melakukan pengawasan rapi, membekalka­n vaksin, melakukan ujian rabies di Institut Penyelidik­an Veterinar dan latihan bagi mewujudkan Kemudahan Ujian Rabies di Sarawak.

Uggah juga memaklumka­n bahawa sehingga 7 Ogos 2018, semua ujian rabies dilakukan di Makmal Diagnostik Veterinar Negeri.

Langkah itu katanya, memudahkan Pasukan Tin- dakan Pantas, JPV Sarawak digerakkan ke kawasan wabak sambil menambah, bagi penghantar­an sampel ke Ipoh untuk mengesahka­n kes, Sarawak perlu membayar RM1,500 bagi setiap sampel.

Uggah juga menegaskan bahawa wujud jurang dalam membekalka­n vaksin rabies dan pegawai daripada JPV persekutua­n.

“Kita dimaklumka­n oleh ketua pengarah JPV Malaysia pada 7 Jun 2018, jabatan itu tidak mempunyai dana untuk menghantar pegawai ke Sarawak dan meminta JPV Sarawak membeli vaksin menggunaka­n dana negeri.

“Sehubungan itu, kita meminta dana daripada ketua menteri yang dengan segera meluluskan dana untuk tujuan itu yang membolehka­n kita terus menyediaka­n vaksin anti- rabies percuma.

“Khidmat sokongan daripada JPV persektuua­n hanya disambung semula pada 15 Ogos 2018,” jelasnya.

Beliau berkata untuk kawalan rabies yang berkesan, penglibata­n orang ramai dan pemilik haiwan peliharaan sangat penting.

Katanya adalah menjadi tanggungja­wab pemilik haiwan mendapatka­n suntikan vaksin dan mengasi untuk haiwan peliharaan­nya kerana langkah itu akan mengurangk­an secara drastik jumlah anjing dan kucing terbiar.

“Aktiviti lain yang sama penting sedang dilaksanak­an antaranya kempen kesedaran melalui media sosial, media cetak, stesen radio, laman web rasmi dan pelbagai lagi di seluruh negeri. “Kita perlukan sokongan orang ramai untuk membasmi rabies.

“Kerajaan Sarawak melihat wabak ini sangat serius dan sedaya upaya mengawal seterusnya menghapusk­an penyakit ini dalam masa sesingkat mungkin,” tegasnya.

Tambahnya lagi, setakat ini Kerajaan Sarawak telah membelanja­kan lebih RM20 juta untuk kos langsung bagi memerangi rabies.

“Kita mengalu-alukan cadangan dan pandangan yang ikhlas dan membina daripada mana-mana kumpulan, pakar dan individu dalam usaha kita mengawal penyakit ini,” katanya.

Sebanyak 146 program pemvaksina­n besar-besaran dilakukan di seluruh Sarawak sehingga tarikh ini (27 Ogos 2018) dan ia tidak seperti yang didakwa YB Chong (Chong Chieng Jen). Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? UGGAH
UGGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia