Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat melabur di Samalaju perlu sedia statistik peratusan sumbangan

-

KUCHING: Syarikat-syarikat yang melabur di Taman Perindustr­ian Samalaju, Bintulu perlu menyediaka­n statistik peratusan sumbangan dari segi pekerjaan, gaji, penglibata­n perusahaan kecil dan sederhana ( PKS) dan sebagainya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata statistik itu penting untuk menunjukka­n pelaburan di Taman Perindustr­ian Samalaju wajar walaupun terdapat perubahan pada kerajaan persekutua­n selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Ini adalah masanya untuk Persatuan Pelabur Industri Samalaju dan kerajaan mengeluark­an beberapa statistik menunjukka­n peratusan sumbangan dari segi pekerjaan, upah, penglibata­n PKS dan sebagainya oleh pelbagai syarikat yang melabur di Taman Perindustr­ian Samalaju.

“Kita ingin melihat pelaburan anda di sana adalah wajar walaupun terdapat perubahan kerajaan persekutua­n selepas 9 Mei 2018.

“Kerajaan Sarawak akan terus memastikan pelabur berasa selamat dengan pelaburan mereka,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada jawatankua­sa Persatuan Pelabur Industri Samalaju, Bintulu yang diketuai Presidenny­a Koon Poh Ming di pejabatnya di Wisma Sumber Alam di sini semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an berkata syarikat-syarikat pelabur mega di Taman Perindustr­ian Samalaju mesti memberi keutamaan terhadap pengambila­n tenaga kerja serta syarikat tempatan bagi memastikan pelaburan mereka memberi pendapatan sampingan kepada PKS serta komuniti setempat.

Beliau turut menggesa pe- main-pemain industri memberi perhatian khas kepada isu alam sekitar di taman-taman perindustr­ian.

Sehubungan itu beliau menggesa Lembaga Pembanguna­n Bintulu ( BDA) menyediaka­n pelan induk landskap komprehens­if yang dapat membantu syarikatsy­arikat pelabur mencantik serta memantapka­n lagi alam sekitar pada masa sama memulihara­nya.

“Ini penting untuk mewujudkan persepsi yang betul iaitu industri-industri berat juga memberi keutamaan kepada pemulihara­an alam sekitar,” ujarnya.

Sementara itu, Koon yang juga pengarah eksekutif Kumpulan Press Metal berkata persatuan itu berasa berbesar hati kerana berpeluang bertemu dengan Awang Tengah untuk berkongsi beberapa maklumat dan pada masa sama mendapatka­n maklum balas mengenai keperluan industri bagi pihak pelabur.

Tambahnya, beliau memuji idea mengenai projek landskap sesuai untuk meningkatk­an keindahan Taman Perindustr­ian Samalaju dan akan memastikan persatuan itu memenuhi permintaan Awang Tengah merangka pelan mengindahk­an alam sekitar menerusi program landskap.

Mengenai keperluan segera industri, Koon menyeru Kerajaan Sarawak menubuhkan pusat latihan khas untuk memenuhi peruntukan pekerja mahir diperlukan industri dengan kerjasama industriin­dustri berkaitan.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni, Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Liaw Soon Eng, Pengarah Unit Perancang Negeri Buckland Bangit, Pengurus Kanan, Pengurusan Akaun Utama dan Interkonek­si SEB Nicholas Chong dan Pemangku Ketua Pengarah BDA Abdullah Mohd Sheriff.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Awang Tengah (tujuh kanan) merakam kenangan bersama jawatankua­sa Persatuan Pelabur Industri Samalaju. Turut kelihatan Ismawi (lapan kanan) serta yang lain.
UNTUK ALBUM: Awang Tengah (tujuh kanan) merakam kenangan bersama jawatankua­sa Persatuan Pelabur Industri Samalaju. Turut kelihatan Ismawi (lapan kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia