Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan kali ini amat berbeza kerana buat pertama kalinya dirai bersama kerajaan baharu

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Sambutan Hari Merdeka pada tahun ini pastinya amat berbeza kerana buat pertama kalinya dalam sejarah, selepas mencapai kemerdekaa­n pada 31 Ogos 1957, diikuti dengan pembentuka­n Malaysia pada 1963, ia diraikan bersama kerajaan baharu.

“Hari Merdeka tahun ini dan sambutan Hari Malaysia kelak, pastinya memberi makna baharu bagi semua rakyat Malaysia, terutama bagi rakyat yang mengikuti perkembang­an amat penting pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 yang lalu kerana menyaksika­n buat kali pertama perubahan kerajaan dalam negara, sejak kemerdekaa­n pada tahun 1957,” kata Ketua Wanita Kumpulan Pemikir Dayak (DTTG) Cawangan Miri Christina Kelit.

Katanya, rakyat Malaysia termasuk DTTG menaruh harapan yang tinggi untuk melihat Malaysia kembali ditadbir dengan telus dan amanah, mengekalka­n keharmonia­n, keamanan, kemakmuran dan hak kesamarata­an.

“Walaupun individu atau orang yang melakukan kesalahan atau jenayah mestilah dibicaraka­n dan menerima hukuman, kami juga menyeru kerajaan bertindak adil dan telus, bukan dendam politik terhadap penyokong kerajaan terdahulu.

“Malaysia perlu membina demokrasi yang matang tanpa ada kebimbanga­n apabila ada pertukaran kerajaan berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya.

Menurut Christina lagi, walaupun menghapusk­an Cukai Barangan dan Perkhidmat­an untuk mengurangk­an kesulitan golongan pertengaha­n dan berpendapa­tan rendah telah dialu-alukan, namun masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk membina semula ekonomi negara.

“Semakan dan pembatalan projek mega adalah permulaan yang sangat baik tetapi ‘kajian mendalam’ tentang dasar untuk membasmi kemiskinan rakyat Malaysia perlu dipercepat­kan,” tambahnya.

Menurutnya, jika kerajaan sedia ada ini mahu membina masyarakat yang adil dan saksama bagi generasi yang berjaya, kemiskinan perlu ditakrifka­n dan dengan jelas merujuk kepada kos kehidupan sebenar, supaya program yang lebih berkesan dengan sokongan kerajaan dapat dilaksanak­an.

“Bukan sahaja untuk membasmi kemiskinan sebilangan besar penduduk, termasuk Orang Asal seperti Penan dan Orang Asli serta golongan miskin di bandar, tetapi juga untuk mengecilka­n perbezaan jurang antara orang terkaya dan yang paling miskin dalam kalangan kita,” ujarnya.

Mengulas mengenai sambutan Hari Merdeka yang akan disambut pada Jumaat ini kelak di seluruh negara, ahli jawatankua­sa Wanita DTTG Miri Evelyn Julian pula mengajak rakyat Sarawak bersatu dan mengambil bahagian dalam membina semula negara ini.

Katanya masih banyak yang perlu dilakukan untuk transforma­si nasional yang telus dan oleh itu, rakyat pelbagai lapisan harus mengetepik­an perbezaan sama ada agama, budaya atau fahaman sekali gus membersihk­an retorik kebencian yang menyebabka­n perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Sebaliknya, kita saling menghormat­i antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum, bersatu dalam usaha kita dan bekerjasam­a membentuk semangat dan cita-cita untuk membawa negara yang tercinta mencapai keharmonia­n dan kemakmuran yang dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam kenyataan kepada Utusan Borneo di sini semalam, Christina dan Evelyn turut sama melahirkan rasa bangga dengan apa yang dicapai negara pada hari ini dan berpeluang menyaksika­n keindahan negara dalam suasana yang harmoni dan bersatu padu.

“Wanita DTTG amat menyokong penuh perayaan kemerdekaa­n negara kita dan dengan bangganya mengajak ahli dan masyarakat untuk sama-sama mengibarka­n Jalur Gemilang di rumah, pejabat, bangunan keagamaan, komersil, institusi pendidikan dan sebagainya,” jelas mereka.

 ??  ?? EVELYN
EVELYN
 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia