Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor diberi masa sehingga Disember siapkan projek jambatan

-

KUCHING: Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin memberi masa sehingga Disember tahun ini untuk kontraktor dilantik menyiapkan projek jambatan yang menghubung­kan empat kampung di Serian.

Empat kampung itu ialah Kampung Rayang, Kampung Munggu Kupi, Kampung Tanah Putih dan Kampung Semamban.

Beliau berkata jambatan berkenaan merupakan sebahagian daripada projek pakej jalan raya yang sepanjang 15 kilometer dari Kampung Tauang di Batu 38 Jalan Kuching- Serian hingga Kampung Sebamban, dianggarka­n RM68 juta, sepatutnya siap April tahun ini.

“Projek ini adalah projek kerajaan persekutua­n dan sebahagian daripada pakej jalan raya yang menghubung­kan empat kampung dengan jalan besar (Jalan KuchingSer­ian) seharusnya siap April tahun ini.

“Justeru syarikat kontraktor diberimasa­sehinggaDi­sember tahun ini, jika tidak Jabatan Kerja Raya ( JKR) akan mengambil tindakan tegas,” katanya ketika dihubungi semalam.

Willie turut memberitah­u bahawa isu penangguha­n penyiapan jambatan tersebut telah diajukan kepada JKR Serian dan memastikan tindakan tegas perlu diambil terhadap kontraktor berkenaan.

“Saya akan pastikan jambatan ini siap kerana ia merupakan penghubung utama kepada empat kampung dengan kawasan luar.

“Penduduk empat kampung ini sudah lama menunggu untuk mempunyai jalan raya yang baik,” katanya.

 ??  ?? LEWAT: Jambatan menghubung­hkan empat kampung di Serian yang dikatakan lewat daripada jadual asal untuk disiapkan.
LEWAT: Jambatan menghubung­hkan empat kampung di Serian yang dikatakan lewat daripada jadual asal untuk disiapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia