Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran Rumah Senggalang terus dibantu

-

BINTULU: Bantuan terus dihulurkan kepada mangsa kebakaran di Rumah Senggalang, di Kilometer 5, Jalan Tatau- Bintulu, pada awal pagi Ahad lalu.

J a b a t a n K e b a j i k a n Masyarakat(JKM) Bintuludan Tatau semalam menghulurk­an bantuan berupa makanan serta barangan keperluan harian bagi meringanka­n beban mangsa.

Pegawai JKM Bintulu Taddy Ajin berkata, sumbangan segera telah disampaika­n pada hari kejadian (Ahad) manakala barangan dapur termasuk tong gas dan dapur memasak diserahkan semalam bagi kegunaan mangsa terjejas kerana ia adalah keperluan mendesak pada masa sekarang.

“Kami akan membantu penduduk dari semasa ke semasa bagi meringanka­n beban mereka,” ujarnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Parti Keadilan Rakyat ( PKR), Angkatan Pertahanan Awam Bintulu dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau turut menghulurk­an sumbangan berupa keperluan dapur.

Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam pada itu turut mendirikan sebuah khemah sementara bagi kegunaan mangsa terjejas berteduh.

Turut berada di lokasi kejadian ialah kakitangan Kementeria­n Kesihatan Malaysia yang memberi rawatan serta penerangan berhubung penyakit berjangkit kepada mangsa kebakaran.

Sumbangan daripada orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan ( NGO), syarikat perindustr­ian serta perniagaan setempat amat dialu- alukan bagi meringanka­n beban mangsa.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Taddy (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Tuai Rumah Senggalang mewakili penduduk rumah panjang.
RINGANKAN BEBAN: Taddy (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Tuai Rumah Senggalang mewakili penduduk rumah panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia