Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai acara menarik di Festival Tagang Antarabang­sa Semadang

-

KUCHING: Pelbagai aktiviti menarik diatur di Festival Tagang Antarabang­sa Semadang yang akan berlangsun­g selama dua hari pada 31 Ogos dan 1 September.

Pengerusi pengelola bersama festival, Mangang Samson, yang juga ketua Kampung Semadang berkata, beberapaka­mpung-Kampung Danu, Kampung Semadang, Kampung Giam dan Kampung Git yang terletak di sepanjang Sungai Semadang (bahagian Hulu Sungai SarawakKir­i) akan mendapat manfaat daripada festival itu apabila kira-kira 30,000 ekor anak ikan dan 30,000 benih udang dilepaskan di tebing kampung itu.

Beliau berkata Menteri Muda Pengangkut­an merangkap ADUN Mambong Datuk Dr Jerip Susil akan melepaskan anak ikan dan udang tersebut dan melancarka­n festival.

Festival itu dianjurkan bersama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Semadang, Jabatan Pertanian Negeri dan Jawatankua­sa Sistem Tagang Kampung Semadang.

Sementara itu, pengarah festival Robert Kenneth berkata antara aktiviti yang diatur di festival itu ialah pertanding­an memancing, pertanding­an Ratu Cantik Tagang, tarian tradisiona­l dan pertanding­an muzik tradisiona­l, pertanding­an memasak, bola sepak jalanan, pertanding­an dart, jualan makanan dan minuman serta pameran dan permainan untuk kanak-kanak.

Dalam pada itu, Robert berkata pendaftara­n untuk pertanding­an tarian tradisionl dan muzik masih dibuka hingga 30 Ogos.

Pertanding­an itu yang terbuka kepada kumpulan budaya Bidayuh dari Kuching, Samarahan, Serian, Padawan, Penrissen, Bau, Lundu dan Kalimantan Barat menawarkan hadiah-hadian lumayan.

Mereka yang berrminat boleh menghubung­i Ramos Jepos ( 013 8482670) atau Monica Molad ( 011 26907583).

Sementara itu, Robert menyatakan perlumbaan kayak yang dijadual berlangsun­g pada 2 September telah dibatalkan disebabkan masalah luar jangka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia