Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Padmashini gigih berbakti kepada penduduk pedalaman Sarawak

-

JULAU: Seawal jam 5.30 pagi, doktor wanita kelahiran Klang, Selangor ini sudah bangun dengan penuh semangat menyediaka­n kelengkapa­n untuk memberi perkhidmat­an pergigian kepada penduduk di kawasan pedalaman Sarawak.

Bermula jam 8 pagi, Dr Padmashini Kalimuthu telah siap menunggu di Rumah Anthony Bau di rumah panjang Nanga Sugai bagi kedatangan pesakit dari rumah panjang itu serta beberapa rumah panjang kawasan berhampira­n seperti Rantau Tapang dan Mujok.

Dr Padmashini, 28, yang sudah dua tahun berkhidmat di Sarawak memilih untuk bersama 18 sukarelawa­n perubatan seperti doktor, doktor gigi serta ahli farmasi UMW- Mercy Malaysia melaksanak­an misi klinik bergerak di kawasan penempatan masyarakat Iban, jauh daripada keselesaan bertugas di bilik rawatan berhawa dingin.

B e r c a k a p k e p a d a BERNAMA, Dr Padmashini yang bertugas di Hospital Miri berkata beliau sudah mendaftar sebagai sukarelawa­n UMW-Mercy Malaysia sejak setahun lalu, hampir menyertai misi pertamapad­atahunyang­sama tetapi kerana bertembung dengan sambutan Deepavali dia tidak dapat bersama sukarelawa­n lain kerana pulang ke Semenanjun­g.

“Apabila dimaklumka­n mengenai misi kali ini, saya bersetuju untuk bersama- sama menabur khidmat bakti. Rasa sangat gembira kerana dapat tolong masyarakat di pedalaman ini yang agak sukar untuk keluar mendapatka­n rawatan kesihatan termasuk khidmat pergigian, ini sedikit sumbangan saya kepada mereka,” kata doktor gigi lulusan Bachelor of Dental Surgery, Meenakshi Ammal Dental College and Hospital, Chennai, India ini.

Klinik bergerak UMWMercy Malaysia ke RUMAH Anthony Bau diadakan bermula 17 hingga 19 Ogos lepas dan untuk ke rumah panjang itu pasukan misi harus bergerak dari Sibu ke Pangkalan Entabai di Julau menggunaka­n bas sebelum menyusuri sungai menggunaka­n perahu panjang kira- kira empat hingga lima jam, bergantung kepada keadaan sungai dan paras air.

Selain 18 sukarelawa­n perubatan, pasukan misi turut disertai kakitangan UMW, lebih 10 wakil media cetak dan elektronik b e r t u j u a n m e m b e r i perkhidmat­an kesihatan kepada penduduk yang tinggal jauh di pedalaman, program CSR yang telah memberi manfaat kepada lebih 26,000 penduduk Sarawak dan Sabah sejak pelaksanaa­nnya bermula 2009.

Dr Padmashini anak ketiga daripada tiga beradik mengakuipe­rjalananke­lokasi tersebut sangat mencabar serta sedikit penat namun tetap bersemanga­t untuk menyertai misi sulungnya itu.

Beliau j uga perlu mengambil penerbanga­n dari Miri ke Sibu, sebaik selesai bertugas pada Khamis (16 Ogos) untuk bersamasam­a pasukan sukarelawa­n bergerak ke Julau pada Jumaat (17 Ogos).

“Penat... ya memang ada tetapi untuk kita perjalanan jauh ini hanya sehari, tetapi untuk mereka hampir setiap masa untuk mendapatka­n rawatan, saya tak rasa susah lagipun selepas memberi rawatan rasa penat hilang, rasa seronok pula dan saya pasti nak sertai lagi misi pada masa depan jika berpeluang,” katanya.

Dr Padmashini berkata menyertai misi sukarelawa­n untuk memberi khidmat kesihatan adalah manifestas­i beliau sesuai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘ Sayangi Malaysiaku’.

“Saya cinta Malaysia, saya nak tolong rakyat Malaysia, sesiapa sahaja yang susah kita kena tolong kalau bukan kita siapa lagi? Lagipun sejak awal memang niat dan saya sendiri memilih untuk berkhidmat di Sarawak,” katanya.

Ketika sesi temu bual ini diadakan, Dr Padmashini bersama rakan doktor Dr Mohd Yazid Sabri dibantu Penolong Pergigian Jefery Drus sudah merawat hampir 40 penduduk daripada lima rumah panjang berhampira­n yang datang mendapatka­n rawatan.

“Hasil pemeriksaa­n tadi, rata-rata yang datang mengalami masalah gigi rosak atau gigi goyang mungkin disebabkan beberapa faktor seperti cara memberus yang tidak betul, namun begitu gigi mereka masih lebih baik berbanding pesakit di bandar” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia