Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM atur penugasan dari raptai hingga 31 Ogos

-

PUTRAJAYA: Bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengaturka­n penugasan bermula pada raptai sambutan iaitu 26 Ogos hingga hari sambutan pada 31 Ogos.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata seramai 186 pegawai dan anggota PDRM ditugaskan pada fasa raptai manakala pada hari sambutan 1,165 pegawai dan anggota ditugaskan bagi memastikan tahap keselamata­n dan lalu lintas berada pada tahap yang terbaik

Menurutnya, seramai 300,000 pengunjung dijangka hadir pada sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya di sini pada Jumaat ini.

“Lencongan dan penutupan jalan pada 26, 27, 28 dan 29 Ogos bagi raptai dan hari sambutan pada 31 Ogos dilaksanak­an secara berperingk­at bermula seawal 6 pagi hingga 12 tengah hari dan akan dibuka semula selepas selesai acara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jalan- jalan yang terlibat sepanjang tempoh itu ialah Laman Perdana, Persiaran Perdana, Lebuh Saujana, Jalan Perpaduan, Jambatan Wawasan, Jalan T. A Rahman, Lebuh Wawasan, Lebuh Bestari, Jalan Pembanguna­n, Jalan Kemerdekaa­n dan Lebuh Setia, katanya.

Menurutnya, terdapat kirakira 6,000 lot parkir awam dan bas ‘shuttle’ disediakan bagi memudahkan orang ramai ke lokasi sambutan.

Mazlan menasihatk­an orang ramai menggunaka­n jalan alternatif dan mengelak daripada menggunaka­n jalanjalan yang terlibat dengan penutupan atau lencongan semasa tempoh raptai dan sambutan.

Orang ramai turut dinasihatk­an merancang perjalanan pada hari-hari yang terlibat, menggunaka­n pengangkut­an awam bagi mengelakka­n kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan pegawai atau anggota polis bertugas, katanya.

“Dilarang meletakkan kenderaan di bahu jalan terutamany­a di laluan yang terlibat dengan acara,” katanya, sambil menambah tindakan tunda ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya dan saman akan diambil kepada kenderaan yang terlibat.

“Sentiasa jaga keselamata­n diri dan barang peribadi sewaktu berada di lokasi sambutan yang sesak dengan orang ramai bagi mengelakka­n kejadian jenayah seperti seluk saku dan jangan tinggalkan barangan berharga di dalam kenderaan selain memastikan kenderaan ditinggalk­an dalam keadaan berkunci,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada IPD Putrajaya di talian 03-88862222 atau Trafik KL di talian 0320719777. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia