Utusan Borneo (Sarawak)

Sabariah Abdul Manaf terima banyak tempahan baju diperbuat daripada bendera Malaysia

-

KUALA NERUS: Rezeki Jalur Gemilang! Itu reaksi gembira seorang tukang jahit, Sabariah Abdul Manaf dari Teluk Ketapang di sini yang menerima banyak tempahan baju diperbuat daripada bendera Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Wanita berusia 50 tahun itu berkata semuanya bermula apabila beliau menjahit sehelai gaun Jalur Gemilang untuk dipakai anak saudaranya dalam pertanding­an baju patriotik tercantik di sekolah rendah pada tahun 2015.

“Namun, setelah anak saudara memakainya, ramai pula jiran dan guru sekolah yang ingin menempah pakaian daripada Jalur Gemilang untuk dipakai pada sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Kebangsaan.

“Harga tempahan untuk gaun, baju Melayu Johor dan jubah kanak-kanak ini biasanya sekitar RM30 hingga RM40, bergantung kepada saiz dan corak baju yang ditempah pelanggan,” katanya kepada Bernama semalam.

Sabariah yang berpengala­man menjadi tukang jahit sejak 30 tahun lepas, berkata beliau sangat teruja setiap kali mendapat tempahan baju Jalur Gemilang kerana bendera itu adalah lambang kemerdekaa­n negara daripada penjajahan kuasa asing.

“Lagi seronok jika pelanggan memaklumka­n baju tempahan itu memenangi sebarang pertanding­an atau mendapat pujian dari pemimpin setempat yang merasmikan sambutan Hari Kebangsaan di sekolah mereka,” katanya.

Ditanya tentang cabaran menjahit baju daripada bendera ini, katanya kain Jalur Gemilang biasanya agak licin dan beliau perlu lebih berhati-hati ketika proses jahitan bagi memastikan baju tidak berkedut dan terletak cantik pada tubuh pemakai.

Setiap hari, Sabariah mam- pu menyiapkan empat helai gaun atau lima helai jubah dan beliau mula menerima tempahan pada akhir Julai sehingga pertengaha­n Ogos sahaja kerana mahu menyiapkan­nya dalam tempoh ditetapkan.

“Alhamdulil­lah, Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia ini turut menjadi sumber rezeki buat saya, semoga ia terus menjadi lambang kedaulatan dan kegemilang­an negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENUHI PERMINTAAN: Sabariah sibuk menyiapkan tempahan pakaian menggunaka­n Jalur Gemilang di Kampung Teluk Ketapang, dekat Kuala Nerus, semalam.
— Gambar Bernama PENUHI PERMINTAAN: Sabariah sibuk menyiapkan tempahan pakaian menggunaka­n Jalur Gemilang di Kampung Teluk Ketapang, dekat Kuala Nerus, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEMANGAT PATRIOTIK: Pesara tentera Muhammad Nasir Mustapha, 59, atau lebih dikenali ‘Pak Dor’ memeriksa Jalur Gemilang yang dipasang menghiasi rumah beliau sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 ketika ditemui di Kampung Batu 11 dekat Tanah Merah, semalam.
— Gambar Bernama SEMANGAT PATRIOTIK: Pesara tentera Muhammad Nasir Mustapha, 59, atau lebih dikenali ‘Pak Dor’ memeriksa Jalur Gemilang yang dipasang menghiasi rumah beliau sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 ketika ditemui di Kampung Batu 11 dekat Tanah Merah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia