Utusan Borneo (Sarawak)

Raptai Hari Kebangsaan 2018 berjalan lancar

-

PUTRAJAYA: Hari pertama raptai sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Dataran Putrajaya di sini hari ini yang melibatkan pertunjuka­n udara serta sebahagian perbarisan serta persembaha­n lagu- lagu patriotik berjalan lancar.

Selain perbarisan yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia daripada ketiga-tiga cadang, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta beberapa syarikat swasta, raptai hari ini turut disertai jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia yang membuat lintas hormat selain persembaha­n aerobatik.

Raptai yang berlangsun­g kira-kira dua jam bermula 8 pagi itu turut disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang diiringi Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Perbarisan Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, raptai esok akan melibatkan kesemua kontinjen perarakan, aset darat dan udara serta unit anjing dan kuda.

“Masih ada beberapa perkara yang akan dibaiki dari segi perarakan dan persembaha­n bagi memastikan segalanya berjalan lancar nanti,” katanya ketika ditemui media pada raptai semalam.

Raptai penuh dijadualka­n pada Rabu ini dan kira-kira 15,000 kontinjen dijangka mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan 2018 bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ yang akan diadakan pada 31 Ogos ini.

Kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2018 di Putrajaya selaku pusat pentadbira­n kerajaan persekutua­n sebagai meraikan pentadbira­n kerajaan baharu Malaysia, susulan kejayaanny­a menumbangk­an Barisan Nasional yang memerintah negara selama lebih 60 tahun pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia