Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas tentera cat, hias rumah dengan Jalur Gemilang

-

TANAH MERAH: Mengecat rumah dan memasangny­a dengan ribuan Jalur Gemilang menjadi inisiatif kepada seorang bekas tentera sempena sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

Muhammad Nasir Mustapha, 59, berkata, selain itu beliau turut memasang sebanyak 61 Jalur Gemilang pada vannya.

“Saya mulakan kerja-kerja mengecat bahagian luar rumah dengan tema Jalur Gemilang sejak Jun lalu secara bersendiri­an dan telah mengeluark­an modal RM300 untuk membeli cat.

“Selain itu, saya memasang kira-kira 2,500 Jalur Gemilang di sekeliling rumah bagi menyemarak­kan lagi sambutan Bulan Kemerdekaa­n,” katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Batu 11 di sini, semalam.

Menariknya, Muhammad Nasir tidak mengeluark­an wang yang banyak untuk membeli Jalur Gemilang tetapi mengutipny­a di tepi jalan.

“Saya mula mengutip Jalur Gemilang yang jatuh di tepi jalan, rosak mahupun koyak sejak tahun 2000 lagi.

“Walaupun sering disindir rakan-rakan namun ia memberi kepuasan, sekali gus mendidik hati saya untuk mencintai tanah air,” katanya.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata, Jalur Gemilang merupakan kekuatan kepada anggota tentera dalam mempertaha­nkan tanah air daripada sebarang anasir yang mahu merosakkan negara.

“Ini adalah cara saya melahirkan semangat cintakan negara. Walaupun ada sesetengah rakan yang sindir saya sudah gila, namun sebagai bekas tentera Jalur Gemilang adalah kekuatan kami.

“Sindiran itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus menghiasi rumah saya atau kenderaan saya dengan Jalur Gemilang sepanjang tahun terutamany­a pada bulan kemerdekaa­n,” katanya sambil menambah aktivitiny­a itu turut mendapat sokongan daripada anggota keluargany­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia