Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar SMK Seri Nilam hasilkan Jalur Gemilang gergasi

-

KUALA TERENGGANU: Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini memberi kegembiraa­n berganda buat warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam di sini yang berjaya menghasilk­an Jalur Gemilang gergasi berukuran 25 kaki lebar dan 120 kaki panjang.

Lebih istimewa apabila bendera gergasi yang dihasilkan daripada 28 kepingan kain yang dicat berkibar megah dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut menjadi tumpuan ramai untuk mengabadik­an gambar kenangan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Guru SMK Seri Nilam, Mohd Noor Taib berkata seramai enam guru dan 10 pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima terlibat secara langsung dalam penghasila­n bendera gergasi itu.

“Kami mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan Jalur Gemilang ini, bermula dengan proses awal pemilihan kain putih yang sesuai sehinggala­h proses mengecat kepingan kain ini yang berlarutan ke malam hari.

“Alhamdulil­lah, segala penat lelah kami berbaloi apabila melihat ramai yang teruja dengan bendera gergasi ini dan secara tidak langsung turut menyemarak­kan lagi sambutan hari kebangsaan di sekolah kami,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Pada 2012, SMK Seri Nilam pernah menghasilk­an bendera gergasi bersaiz 15 kaki lebar dan 180 kaki panjang dengan kos RM1,000 namun pada tahun ini bendera yang dihasilkan lebih besar dengan kos RM1,400.

Mohd Noor berkata penghasila­n bendera gergasi itu diharap dapat menyemai semangat patriotism­e di kalangan pelajar dan memberikan mereka kenangan indah setiap kali menjelang hari kebangsaan pada masa akan datang.

“Sekolah adalah tempat terbaik untuk melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri kukuh dan cintakan negara, program seumpama ini diharap dapat memupuk semangat patriotism­e dalam jiwa mereka dan menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KIBARAN JALUR GEMILANG: Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam Zaliha Mat Jusoh (tengah) bergambar bersama para guru dan pelajar mengibarka­n Jalur Gemilang berlatar belakangka­n Jalur Gemilang gergasi di Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama KIBARAN JALUR GEMILANG: Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam Zaliha Mat Jusoh (tengah) bergambar bersama para guru dan pelajar mengibarka­n Jalur Gemilang berlatar belakangka­n Jalur Gemilang gergasi di Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia