Utusan Borneo (Sarawak)

Tawaran diberi oleh tertuduh pertama, Kolonel Dr R. Kunaseegar­an

-

KUALA LUMPUR: “Saya ditawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin Morais,” dedah tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais di Mahkamah Tinggi, semalam.

S. Ravi Chandaran, 47, mendakwa, dia ditawarkan wang itu pada 25 Dis 2017, oleh pakar patologi tentera, Kolonel Dr R. Kunaseegar­an yang merupakan tertuduh pertama dalam kes itu.

“Beliau (Dr Kunaseegar­an) beritahu yang beliau akan berikan wang RM1.5 juta. Kos sara hidup keluarga saya juga akan ditanggung oleh beliau,” katanya ketika pemeriksaa­n utama peguam V.Rajehgopal pada prosiding membela diri hari ke-21, di sini.

Tertuduh berkata, Dr Kunaseegar­an juga memberitah­u bahawa beliau akan melantik peguam lain untuk mewakiliny­a di Mahkamah Rayuan.

Terdahulu, Ravi Chandaran berkata dia ada bertanyaka­n Dr Kunaseegar­an mengapa perlu dia mengaku bersalah dan menerima pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sedangkan dia tidak terlibat dalam kes itu.

“Dr Kunaseegar­an beritahu, dia tidak ada cara lain selain saya dan katanya, ‘disebabkan kamu tidak terlibat, kamu perlu mengaku salah dan kamu boleh keluar daripada kes ini’,” katanya.

R. Dinishwara­n, A.K Thinesh Kumar, M. Vishwanath; S. Nimalan, Ravi Chandaran dan Dr Kunaseegar­an, mengaku tidak bersalah atas per- tuduhan membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No. 1 Jalan USJ 1/ 6D, Subang Jaya, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dinishwara­n, 26, Thinesh Kumar, 25, Vishwanath; 28, Nimalan, 25, dan Ravi Chandaran, diwakili peguam Rajehgopal manakala Dr Kunaseegar­an, 55, diwakili peguam Datuk N.Sivanantha­n dan pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 30 Ogos. — Bernama

Dr Kunaseegar­an beritahu, dia tidak ada cara lain selain saya dan katanya, ‘disebabkan kamu tidak terlibat, kamu perlu mengaku salah dan kamu boleh keluar daripada kes ini. S. Ravi Chandaran Tertuduh

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Abu Zahrain (dua kiri) cuba mengelak wajahnya dirakam jurugambar selepas mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara empat tahun dan denda RM117,000 setelah didapati bersalah membuat tuntutan palsu berjumlah RM23,400 lima tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kuantan, Kuantan semalam.
— Gambar Bernama BERSALAH: Abu Zahrain (dua kiri) cuba mengelak wajahnya dirakam jurugambar selepas mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara empat tahun dan denda RM117,000 setelah didapati bersalah membuat tuntutan palsu berjumlah RM23,400 lima tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kuantan, Kuantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia