Utusan Borneo (Sarawak)

Tuntutan palsu, pegawai PERHILITAN dipenjara dan denda RM117,000

-

KUANTAN: Seorang bekas pegawai Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jerantut dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM117,000 setelah didapati bersalah membuat tuntutan palsu berjumlah RM23,400 lima tahun lalu.

Hakim Dazuki Ali membuat keputusan itu di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap Abu Zahrain Ismail, 45 setelah pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes tanpa keraguan munasabah.

Abu Zahrim Ismail, 45 dituduh dengan niat menggunaka­n kedudukann­ya ketika itu memperdaya Ketua Pengarah Perhilitan untuk membuat tuntutan palsu atas nama Baraplas Kreatif Enterprise.

Tuntutan palsu itu membabitka­n pembelian 68 buah beg iaitu 28 unit beg sandang bersaiz 75 liter jenama Deuter dan 60 unit drypack 30 liter.

Kesalahan tersebut dilakukan di pejabat Penguasa Taman Negara, Jerantut, pada November 2013.

Tertuduhdi­dakwamengi­kut Sesyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Sesyen 24 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butiran terdekat yang palsu atau silap itu.

Sebaik hukuman dijatuhkan tertuduh yang diwakili oleh Datuk Hanif Hasan merayu agar hukuman penjara yang dikenakan itu ditangguhk­an, sementara notis rayuan terhadap hukuman dan perbicaraa­n dilakukan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Pihak pembelaan turut memohon agar pembayaran hukuman denda tersebut ditangguhk­an dalam dalam tempoh rayuan dilakukan memandangk­an ia melibatkan jumlah yang tinggi sedangkan tertuduh telah digantung tugas dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Dalam masa yang sama tertuduh juga perlu menanggung seorang ibu, seorang isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak yang masih bersekolah.

Bagaimanap­un Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Fadhly Mohd Zamry memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman yang setimpal memandangk­an tertuduh merupakan seorang penjawat awam dan mengingkar­i kepercayaa­n yang diberikan.

Mahkamah kemudian membenarka­n permohonan peguambela tertuduh menangguhk­an hukuman penjara bagi memberi peluang mengemukak­an rayuan hukuman di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Bagaimanap­un tertuduh perlu membayar denda ditetapkan semalam atau berhadapan hukuman penjara selama 10 bulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia