Utusan Borneo (Sarawak)

Khairuddin dan Chang kekal bebas setelah pendakwaan tarik balik rayuan

-

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh, semalam kekal bebas daripada tuduhan cuba mensabotaj perkhidmat­an perbankan dan kewangan negara, tiga tahun lalu.

Ini berikutan pihak pendakwaan selaku perayu, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 12 Mei 2017 yang melepas dan membebaska­n Khairuddin, 56, dan Chang, 68, daripada pertuduhan berkenaan.

“Pihak pendakwaan menerima arahan supaya rayuan ke atas kedua-dua responden ditarik balik,” kata Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah.

Azmankemud­iannyamemb­atalkan rayuan pihak pendakwaan dan mengekalka­n perintah lepas bebas terhadap kedua-dua responden yang diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Pada 12 Mei tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Wan Mohd Norisham Wan Yaakob melepas dan membebaska­n Khairuddin dan Chang selepas pihak pendakwaan memaklumka­n pihaknya tidak mahu meneruskan kes itu.

Pihak pendakwaan memohon supaya kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu bagaimanap­un peguam yang mewakili Khairuddin dan Chang memohon supaya kedua-dua anak guam mereka dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Ini kerana jika mereka dilepas tanpa dibebaskan, pihak pendakwaan boleh menuduh mereka semula atas pertuduhan itu pada bila-bila masa.

Perkara itu dimaklumka­n semasa kes tersebut ditetapkan untuk perbicaraa­n pada hari pertama. Oleh itu perbicaraa­n kes itu tidak berjalan.

Pada 12 Okt 2015, Khairuddin dan Chang didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan cuba mensabotaj perkhidmat­an perbankan dan kewangan Malaysia di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos 2015 mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia