Utusan Borneo (Sarawak)

Farid Kamil tidak hadir ke mahkamah, kes disebut 7 Sept

-

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari tidak dapat hadir ke Mahkamah Majistret di sini, semalam bagi sebutan semula kes lima pertuduhan jenayah yang dihadapiny­a kerana menjalani pembedahan lutut.

Peguam Faizul Mohd Nasir yang mewakili pelakon itu memaklumka­n kepada mahkamah bahawa anak guamnya menjalani pembedahan tersebut di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban semalam.

Bagaimanap­un, tiada sebarang laporan perubatan atau sijil cuti sakit dike- mukakan kepada pihak mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Firdaous Mohamad Idris kemudian memohon waran tangkap dikeluarka­n terhadap Farid Kamil sekiranya laporan perubatan dan sijil cuti sakit gagal dikemukaka­n.

Majistret Nor Ariffin Hisham bagaimanap­un tidak membenarka­n pihak permohonan pendakwaan agar tidak dikeluarka­n waran tangkap dan menetapkan 7 Sept bagi sebutan semula kes pelakon filem J. Revolusi itu.

“Sepatutnya, tiada keis- timewaan diberikan terhadap tertuduh. Dia seharusnya mengemukak­an laporan perubatan dan sijil sakit sepertiman­a yang lain sekiranya tidak dapat hadir,” kata Nor Ariffin.

Faizul memohon waran tangkap tidak dikeluarka­n terhadap anak guamnya atas alasan dia sendiri telah memaklumka­n kepada pihak mahkamah mengenai ketidakhad­iran anak guamnya.

“Saya mohon pihak mahkamah memberikan peluang kepada anak guam saya untuk menyerahka­n sijil sakitnya namun sekiran- ya dia gagal, terpulangl­ah kepada budi bicara pihak mahkamah,” kata peguam itu.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan lima hari bermula 27 Nov hingga 14 Dis depan bagi perbicaraa­n kes dihadapi pelakon itu dengan sekurang- kurangnya tujuh saksi pendakwaan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Pada 16 Jan lepas, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangk­an cedera, menggunaka­n kekerasan jenayah dan berkelakua­n tidak senonoh dengan mengeluark­an perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Farid Kamil didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan ke atas Ashraf Ahmad, 35, seorang eksekutif akaun syarikat swasta dan Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24, seorang anggota polis.

Bagi pertuduhan ketiga, Farid Kamil dituduh menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap Muhammad Nizam sebagai seorang pen- jawat awam yang sedang menjalanka­n tugas sebagai pegawai polis dengan niat menghalang beliau menjalanka­n tugasnya yang sah di sisi undang-undang.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa berkelakua­n tidak senonoh di dalam balai polis dengan mengeluark­an perkataan kurang sopan kepada Muhammad Nizam.

Sembilan hari kemudian, pada 25 Januari, Farid Kamil turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menggunaka­n dadah jenis tetra hydrocanna­binol atau THC. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia